Jalan Negeri Kedah K905

jalan negeri di Kedah, Malaysia

Jalan Permatang Pasir (Laluan Negeri Kedah K905) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.[2]

Jalan Negeri Kedah K905
Jalan Permatang Pasir
Laluan K905 dilabelkan dengan warna merah.
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bandar Baharu
Panjang2.70 km[1] (1.68 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Permatang Pasir
Persimpangan utama Jalan Bandar Baharu–Kuala Ketil
P144 Jalan Terap–Kuala Dingin
Hujung selatanBandar Baharu
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Permatang Pasir diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bandar Baharu dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.70 kilometer (1.7 bt),[1] menghubungkan Kampung Permatang Pasir di utara dengan Pekan Bandar Baharu di selatan.[3] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Permatang Pasir ialah jalan raya tunggal.[4][5]

Permulaan laluan ini terletak di Kampung Permatang Pasir, di sempadan Pulau Pinang-Kedah, bertemu dengan Jalan Bandar Baharu-Sungai Kecil (Laluan Negeri Pulau Pinang P144) . Laluan ini akan membengkok ke barat daya selepas melepasi sempadan antara dua negeri dan akan ada persimpangan kecil menuju ke perkampungan Permatang Pasir. Ia akan melalui kawasan perkampungan penduduk setempat. Sebelum jalan raya tamat di Pekan Bandar Baharu, ia bersilang dengan Jalan Bandar Baharu–Kuala Ketil (Laluan Persekutuan 136). Laluan diteruskan hingga di penghujungnya berhampiran dengan Sungai Kerian di Pekan Bandar Baharu dengan jalan mati.[3][4][5]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4][5]DestinasiCatatan
Kampung Permatang Pasir0.00 P114 P114Sungai Jawi, Nibong TebalPenghujung utara
0.30Kampung Permatang Pasir, SK Permatang PasirSimpang tiga
Bandar Baharu2.00  FT136 — Parit Buntar, Kuala Lumpur, Kuala KetilSimpang tiga
Jalan Kolej Komuniti — Kolej Komuniti Bandar BaharuSimpang tiga
Dataran Bandar Baharu, Pejabat JAPEN Bandar BaharuSimpang tiga
2.70Jalan mati berhampiran dengan Sungai Kerian, Bandar BaharuPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Bandar Baharu/Kulim, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-16. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ a b c Google Inc. /5.1305585,100.4935148/@5.1348726,100.4943616,3034m/data=!3m1!1e3!4m9!4m8!1m5!1m1!1s0x304ab166e21d6e6d:0x9dd792b2bd35ba74!2m2!1d100.5060089!2d5.1442356!1m0!3e0 "Peta Google — K905" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar sunting