Jalan Puncak Alam merupakan sebuah filem seram Malaysia 2015 arahan Dharma Aizat terbitan Mangkin Prestij. Filem ini ditayangkan pada 7 Mei 2015.

Jalan Puncak Alam
PengarahDharma Aizat
PenulisDharma Aizat
Dihasilkan olehJane Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Mangkin Prestij
Diedarkan olehMetrowealth
Tarikh tayangan
23 April 2015
Masa tayangan
70 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Hanif (Niezam Zaidi) dan Azizi (Azwan Kombos) yang mengalami pengalaman pelik dan menyeramkan ketika melalui jalan Puncak Alam. Bermula dengan Azizi yang ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menaiki sebuah motor. Tanpa diduga, motosikal nya telah rosak di kawasan hutan di Jalan Puncak Alam. Apabila diperiksa di dapati motosikalnya kehabisan minyak walaupun baru di isi. Azizi meminta pertolongan Haniff

Ketika Haniff dalam perjalanan menuju ke tempat Azizi, dia turut mengalami peristiwa yang tidak pernah di laluinya sebelum ini. Lebih mencemaskan apabila Azizi turut berdepan dengan makhluk yang pelik ketika di berada di jalan tersebut, Sepanjang laluan di Jalan Puncak Alam bukan sahaja gelap malah turut mengundang satu perasaan yang tidak dapat di gambarkan.

Apabila mereka berdua berjumpa, semuanya hampir selesai namun pertemuan Azizi dengan seorang pengail ikan telah membongkarkan satu perkara yang tidak diterima akal…. apakah perkara tersebut?

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Jalan Puncak Alam diarahkan oleh Dharma Aizat dan diterbitkan oleh Jane Teo untuk Mangkin Prestij. Ia merupakan filem kedua arahannya selepas Ia Wujud (2014).

Penggambaran dijalankan pada 2014, selepas Hari Raya Aidilfitri dan mengambil masa seminggu untuk disiapkan. Hampir 96 peratus babak melibatkan kawasan Puncak Alam.[1]

Keluaran dan sambutan sunting

Jalan Puncak Alam dikeluarkan pada 7 Mei 2015 dan dikelaskan sebagai PG13 dengan bimbingan ibu bapa dan penjaga untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun.

Filem ini merupakan satu kegagalan komersial dan menerima ulasan negatif dari pengkritik filem. Rozaimi Zubaidi dari mStar Online menulis bahawa filem ini menampilkan plot yang mengelirukan, berkata: "…Jalan Puncak Alam ini mempunyai penyusunan plot yang mengelirukan dan kadangkala filem ini juga mempunyai pengulangan yang tidak wajar dilakukan kerana ia boleh menyebabkan penonton berasa bosan."[2]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting