Album Jalan Sehala merupakan sebuah album yang dihasilkan oleh Kumpulan Nowseeheart bersama dengan Kumpulan Saujana pada tahun 2005.[1]

Album Jalan Sehala
Album studio oleh
Dilancarkan pada2005
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenreNasyid
BahasaMelayu Malaysia Edit the value on Wikidata
Kronologi Kumpulan Nowseeheart & Kumpulan Saujana
Album Selawat 10 Hajat (2005) Kumpulan Nowseeheart
Album Rahsia (2002) Kumpulan Saujana
Album Jalan Sehala Album Kembali (2011) Kumpulan Nowseeheart
Album Nota Cinta (2010) Kumpulan Saujana
Kulit album alternatif
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album Jalan Sehala ini terdiri daripada 10 buah lagu, dan lagu pertama yang dimuatkan di dalam album ini adalah Jalan Sehala (Saujana). Walaupun ia merupakan sebuah album studio pertama yang menggabungkan Saujana dan Nowseeheart, namun bagi kedua-duanya Jalan Sehala merupakan album studio keenam bagi Saujana dan keempat bagi Nowseeheart.

Album yang berkonsepkan nasyid moden ini memuatkan 10 buah lagu yang mengandungi lima lagu baru dinyanyikan oleh Saujana dan sebahagiannya oleh Nowseeheart.

Anggota rakaman sunting

Anggota Saujana adalah Faizul (doktor perubatan), Hakimi (jurutera), Suffian (pengurus penerbitan), Azalinor (jurutera) dan Idzwan (doktor perubatan).

Anggota Nowseeheart pula adalah lima anggota iaitu Idzhar Jumali (Idz), Muhd. Sariman Abdul Manap (Man), Mohd. Huzaimi Mohd. Zaini (Kozem@Kojem), Azahari Abdul Rahman (Zarie), dan Ahmad Firdaus Baharuddin (Bob). Kumpulan Nowseeheart, merupakan bekas pemenang Anugerah Vokal Berkumpulan Terbaik di dalam Anugerah Industri Muzik 2003 dan Persembahan Terbaik di dalam Anugerah Carta Ikim.fm 2004.

Mereka menganggap album kolaborasi Saujana dan Nowseeheart ini sebagai satu peluang keemasan untuk berkarya. Album Jalan Sehala menjadi platform apabila setiap anggota Nowseeheart diberi peluang seluasnya, mencurahkan ilham terbaik untuk dikongsi bersama peminat nasyid.

Kandungan Lagu sunting

Muka Satu
No.TajukPenulisMasa
1."Jalan Sehala (Saujana)"
2."Kita Serupa (Nowseeheart)"
3."Saujana (Saujana)"
4."Inspirasi (Nowseeheart)"
5."Airmata Keinsafan (Saujana)"
6."Biarkan (Nowseeheart)"
7."Restu (Saujana)"
8."Pengorbanan (Nowseeheart)"
9."Sabar (Saujana)"
10."Kembali (Nowseeheart)"


Rujukan sunting

  1. ^ "Saujana & Nowseeheart bikin gempar!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-31. Dicapai pada 2018-01-31.

Pautan luar sunting