Jalan Sesat Ke Syurga
Jalan Sesat Ke Syurga arahan Shuhaimi Zulkefli adalah merupakan drama bersiri yang akan menggantikan drama Dua Takdir Cinta yang telah melabuhkan tirainya pada bulan April yang lalu. Dibintangi oleh Dato' Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi. Drama ini akan ditayangkan mulai 3 Ogos 2020.
Jalan Sesat Ke Syurga | |
---|---|
Genre | Drama |
Pengarah | Shuhaimi Zulkefli Osman Ali (kreatif) |
Dibintangi oleh | Dato' Aaron Aziz Elizad Sharifuddin Zul Helmy Dato' Jalaluddin Hassan Aleza Shadan Sri Irdina Nelissa Nizam Ziema Din Syrul Ezwan Zalfa Zin |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 35 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julian Jayaseela Victor Osman Ali |
Penerbit | Julian Jayaseela Victor Mussadiq Hamid Merican (bersekutu) Wan Farid (bersekutu) Yusneezam Yusop (penyelaras) |
Syarikat penerbitan | Nuansa Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Prima |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 3 Ogos 2020 – 18 September 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Suri Katriana |
SinopsisSunting
Hamzah (Aaron Aziz) dijodohkan dengan Inara (Siti Elizad) dan berhadapan dengan ajaran songsang fahaman Islam Liberal kedua ibu bapa mertuanya (Jalaluddin Hassan & Aleza Shadan) yang mengetuai kumpulan ajaran sesat masing-masing.
Inara adalah gadis periang yang hanya mahu berpeleseran. Selepas mengalami pengalaman 'mati hidup semula', Inara mula merasakan yang ini ialah peluang kedua untuk dia membetulkan semua kesilapan lalu. Inara mula sedar yang masih banyak yang perlu dipelajarinya Inara mula rapat dengan Hamzah. Namun dalam mencari jalan kebenaran, dia keliru dengan fahaman Islam yang diamalkan oleh kedua ibu bapanya. Inara mula belajar tentang Hawa Islam tetapi rasa ada sesuatu yang janggal tentang pertubuhan itu. Inara juga mula didedahkan dengan Gerakan Elit.
PelakonSunting
- Dato' Aaron Aziz sebagai Hamzah
- Elizad Sharifuddin sebagai Inara
- Zul Helmy sebagai Afiq
- Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Zaqwan (Ayah Inara)
- Aleza Shadan sebagai Asyirah (Ibu Inara)
- Nelissa Nazim sebagai Ain
- Zalfa Zin sebagai Sally
- Syrul Ezwan sebagai Rem