Jalan Negeri Kedah K729

jalan raya di Kedah, Malaysia
(Dilencongkan dari Jalan Weng Dalam)

Jalan Negeri Kedah K729 (Jalan Weng Dalam dan Jalan Kampung Weng Dalam) ialah jalan negeri di utara Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[1] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling. K729 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.75 kilometer (2.3 bt),[2] menghubungkan Kampung Weng di barat dengan Kampung Bukit Katil di timur, melalui Kampung Weng Dalam.[3][4]

Jalan Negeri Kedah K729
Jalan Weng Dalam
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Baling
Panjang3.75 km (2.33 mi)
Simpang utama
Hujung barat K10 / TEKIH di Kampung Weng
Hujung timurJalan Tanjung Pari–Ulu Legong di Kampung Bukit Katil
Lokasi
Destinasi
utama
Kampung Weng Dalam
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Dari penghujung barat di Kampung Weng, Jalan Negeri Kedah K729 bermula di persimpangannya dengan Jalan Baling–Sik K10. Ia akan menuju ke arah timur melalui kawasan perkampungan dan hutan, dan melintasi sungai bernama Sungai Ketil.[5] Di sepanjang Jalan Weng Dalam K729, tidak ada persilangan antara jalan utama, akan ke arah sedikit timur laut, kemudian ke tenggara dan berbalik ke arah tenggara mengikuti Sungai Weng di Kampung Bukit Katil dan utara Kampung Weng Dalam. Jalan K729 diteruskan hingga di penghujung timur, di Kampung Bukit Katil, bersilang dengan Jalan Tanjung Pari–Ulu Legong.[4]

Secara keseluruhan, Jalan Weng Dalam K729 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Siong, salah satu mukim di Daerah Baling.[1][2]

Senarai simpang sunting

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Weng0.00  K10Baling, Kampung Bendang Man, Gerik, Kampung MemaliPenghujung barat
Kampung Bukit Katil3.75Jalan Tanjung Pari–Ulu Legong – Kampung Ulu Legong, Durian BurungPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Baling" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-01-01. Dicapai pada 2021-08-31.
  3. ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ @JKRDaerahBaling (19 Januari 2021). "19/1/2021(Selasa) - Kerja-kerja mengecat penghadang jalan "Guardrail" atas jambatan di Laluan K729 Jalan Weng Dalam oleh Team JKR Daerah Baling" (Twit). Dicapai pada 29 Januari 2022 – melalui Twitter.