Jallianwala Bagh [jal-li-an-wa-la bagh] (Bahasa Panjabi: ਜਲਿਆਂਵਾਲਾ ਬਾਗ਼/جالیاں والا باغ, Hindi: जलियांवाला बाग़[1]) ialah sebuah taman awam berkeluasan 6.5-ekar (26,000 m2) dalam pekarangan Harmandir Sahib iaitu tempat paling suci dan utama penganut agama Sikh di bandar Amritsar, negeri Punjab, India.

Pintu masuk ke taman peringatan Jallianwala Bagh.
Kesan tembakan peluru pada dinding pekarangan taman.

Ia menempatkan sebuah tapak memperingati insiden pembunuhan beramai-ramai oleh Tentera India British arahan Brigadier Jeneral Reginald E. H. Dyer[2][3] yang menembak balas ratusan penziarah (termasuk wanita dan anak-anak) yang membuat tunjuk perasaan aman pada 13 April 1919 sempena keraian Vaisakhi pada ketika itu.[1] Tapak tersebut diuruskan sebuah yayasan khusus termaktub dalam Akta Peringatan Kebangsaan Jallianwala Bagh (Jallianwala Bagh National Memorial Act) 1951.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "13 April 1919 - Jallianwala Bagh Massacre". Short Stories of India.
  2. ^ Jallianwala Bagh commemoration volume and Amritsar and our duty to India. Publication Bureau, Punjabi University. 1994. ISBN 978-81-7380-388-8.
  3. ^ Datta, Vishwa Nath (1969). Jallianwala Bagh. [Kurukshetra University Books and Stationery Shop for] Lyall Book Depot.
  4. ^ "Jallianwala Bagh National Memorial Act" (dalam bahasa Inggeris). 1 Mei 1951. Dicapai pada 10 Ogos 2016.