JALUR GEMILANG 2 adalah nama ekspedisi Solo Berkereta Shamsurrijal Bin Abdul Jamil.

Ekspedisi menjelajah dunia secara solo menggunakan Proton Satria Gti (1.8 liter) ini dinamakan Jalur Gemilang II sempena semangat kecintaan dan kemegahan terhadap negara yang disesuaikan dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang. Kenderaan yang digunakan bernombor pendaftaran MAS 2001 (MAS = Malaysian Achievement Spirit - Semangat Pencapaian Malaysia).

MAS 2001 dilengkapi peralatan komunikasi dan pemetaan digital berteraskan teknologi satelit. Ia merupakan kelangsungan dalam usaha menyebarkan Jalur Gemilang ke seluruh dunia setelah berjaya dilakukan oleh Datuk Azhar Mansor di lautan dengan Kapal Layar Jalur Gemilang sebelum ini.

Sumber: About JG2