Jam masjid

Jam masjid adalah salah satu kompenen kepada aset harta kepunyaan sesuatu masjid. Bagi sesetengah institusi masjid, jam masjid merupakan unsur penting yang perlu ada dalam balai solat utama masjid, tujuannya adalah untuk menunujukkan bahawa jam merupakan simbol kepada ketaatan hamba (umat Islam) kepada Penciptanya serta simbol bahawa ajaran Islam yang diamati dinihari amat mementingkan ketepatan waktu dan nilai waktu kehidupan dalam sehari-harian. Kepentingan waktu adalah seperti mana yang digambarkan dalam al-Quran dalam surah Al-‘Asr.

Jam masjid di Taipei, Taiwan.

Pada masa ini kebanyakan jam masjid diletakkan dengan cara melekatkan/menggantungkan jam dinding pada dinding utama masjid (biasanya di atas mihrab Imam). Atau menampalkan jam dinding pada setiap bucu ruangan Masjid. Atau menggunakan teknologi jam berwaktu solat sama ada jam itu dari jenis elektronik ataupun antik, jam itu biasanya diletakkan dibahagian kanan dinding mihrab Imam.