Jam radio atau jam kawalan radio ialah sejenis jam yang disegerakkan dengan strim bit kod masa yang dipancarkan oleh pemancar radio yang bersambung dengan piawaian waktu seperti jam atom. Jam sedemikian boleh disegerakkan dengan masa yang dihantar oleh sebuah pemancar kebangsaan atau setempat, ataupun menggunakan berbilang pemancar seperti Sistem Kedudukan Sejagat. Sistem-sistem sedemikian boleh digunakan untuk mengeset jam komputer atau mana-mana jam untuk dibaca oleh manusia, atau apa jua tujuan yang memerlukan ketepatan waktu.

Pemancar tunggal

sunting

Jam radio yang disegerakkan dengan isyarat waktu bumi boleh mencapai ketepatan sekitar 1 milisaat relatif dengan piawaian waktu, sekadar dibatasi oleh ketaktentuan dan keberubahan perambatan radio.

Pemancaran gelombang panjang dan gelombang pendek

sunting

Jam radio bergantung pada isyarat waktu stesen radio. Piawaian waktu ini menentukan:

  • frekuensi penyiaran piawain frekuensi
  • lokasi geografi tepat untuk setiap antena, supaya waktu perambatan isyarat radio boleh dianggar
  • cara menentukan permulaan setiap selang saat
  • cara isyarat dimodulatkan untuk mengenal pasti waktu semasa

Senarai stesen radio isyarat waktu

sunting
Frekuensi Pengenal Negara Lokasi Jenis aerial Kuasa Catatan
40 kHz JJY   Jepun Mount Otakadoya, Fukushima Hulu kapasitans, tinggi 250 m 50 kW
60 kHz GBZ   United Kingdom Anthorn, Cumbria 17 kW
JJY   Jepun Mount Hagane, Kyushu Hulu kapasitans, tinggi 200 m 50 kW
WWVB   Amerika Syarikat Fort Collins, Colorado Hulu kapasitans kembar, tinggi 122 m 70 kW
66.66 kHz RBU   Rusia Elektrougli, Moscow 10 kW
68.5 KHz BPC   Republik Rakyat China Xi'an
75 kHz HBG    Switzerland Prangins 20 kW sehingga 31 Dis 2011
77.5 kHz DCF77   Jerman Mainflingen, Hesse Antena semua arah menegak dengan kapasiti muatan atas, tinggi 150 m [1] 50 kW
162 kHz TDF   Perancis Allouis Dua tiang keluli gai, tinggi 350 m, disuap di atas 2000 kW
2.5 MHz BPM   Republik Rakyat China Xi'an
WWV   Amerika Syarikat Fort Collins, Colorado 2.5 kW Kod masa BCD pada subpembawa 100 Hz
WWVH   Amerika Syarikat Kekaha, Hawaii 5 kW
3.33 MHz CHU   Kanada Ottawa, Ontario 3 kW Kod masa Bell 103 300 baud
5 MHz BPM   Republik Rakyat China Xi'an
WWV   Amerika Syarikat Fort Collins, Colorado 10 kW Kod masa BCD pada subpembawa 100 Hz
WWVH   Amerika Syarikat Kekaha, Hawaii 10 kW
7.85 MHz CHU   Kanada Ottawa, Ontario 10 kW 300 baud Bell 103 time code
10 MHz BPM   Republik Rakyat China Xi'an
WWV   Amerika Syarikat Fort Collins, Colorado 10 kW Kod masa BCD pada subpembawa 100 Hz
WWVH   Amerika Syarikat Kekaha, Hawaii 10 kW
14.67 MHz CHU   Kanada Ottawa, Ontario 3 kW Kod masa Bell 103 300 baud
15 MHz BPM   Republik Rakyat China Xi'an
WWV   Amerika Syarikat Fort Collins, Colorado 10 kW Kod masa BCD pada subpembawa 100 Hz
WWVH   Amerika Syarikat Kekaha, Hawaii 10 kW
20 MHz WWV   Amerika Syarikat Fort Collins, Colorado 2.5 kW Kod masa BCD pada subpembawa 100 Hz

Banyak negara lain juga boleh menerima isyarat ini, cuma bergantung pada waktu, keadaan atmosfera, dan gangguan dari binaan-binaan yang menghalang, misalnya: isyarat JJY adakalanya boleh diterima di Australia Barat, Tasmania, dan Amerika Utara Barat Laut Pasifik pada waktu malam. Penerimaan lebih bagus jika jam diletakkan berhampiran tingkap atau bukaan yang menghadap pemancar. Juga adanya lengah transit kira-kira 1 ms untuk setiap 300 km dalam jarak antara penerima dan pemancar.

Penerima jam

sunting

Jam radio acap kali dipasarkan sebagai "jam atom", tetapi sebenarnya bukan jam atom. Sebaliknya, jam radio menerima isyarat waktu berkod dari sebuah stesen radio yang menerima maklumat waktu dari sebuah jam atom yang sebetulnya.

Pemancar berbilang

sunting

Pelbagai sumber waktu boleh digabungkan untuk menerbitkan sumber penyegerakan waktu yang lebih persis. Demikianlah yang dizahirkan oleh sistem-sistem navigasi satelit seperti Sistem Kedudukan Global (GPS). Sistem-sistem GPS, Galileo dan GLONASS mempunyai jam atiom buatan sesium atau rubidium pada setiap satelit yang berpandukan jam di bumi. Sesetengah unit-unit navigasi ini berfungsi sebagai piawaian waktu tempatan dengan kepersisan kira-kira mikrosaat (µs).

Jam GPS

sunting

Kebanyakan jam radio moden menggunakan GPS untuk menyediakan waktu yang lebih tepat daripada yang diperoleh dari stesen radio bumi ini. Jam GPS ini menggabungkan anggaran waktu dari berbilang jam atom satelit dengan anggaran ralat yang diselenggara oleh serangkaian stesen bumi. Disebabkan kesan-kesan yang ada dalam perambatan radio dan rebak lengah ionosfera, pemasaan GPS memerlukan pemurataan sepanjang tempoh berlakunya fenomena ini. Tiada penerima GPS yang mengira masa waktu atau frekuensi secara langsung, sebaliknya GPS digunakan untuk mendisiplin sesuatu pengayun yang berbentuk hablur kuarza dalam penerima navigasi bawahan, pengayun hablur kawalan ketuhar dalam unit khusus, mahupun pengayun atom (rubidium) dalam penerima yang digunakan untuk penyegerakan dalam telekomunikasi. Oleh itu, peranti-peranti ini dikenali sebagai pengayun berdisiplin GPS.

Unit GPS yang bertujuan utama menyukat masa dan bukan navigasi, boleh diset untuk menganggap kedudukan antena adalah tetap; dalam mod ini, peranti akan memuratakan ketetapan kedudukannya supaya selepas kira-kira sehari beroperasi, kedudukannya akan diketahui dalam beberapa meter. Sebaik sahaja kedudukannya dipuratakan, barulah unit GPS dapat menentukan waktu tepat walaupun hanya menerima isyarat dari satu dua satelit. Jam GPS menyediakan waktu persis yang diperlukan untuk sukatan pensinkrofasa gelombang elektrik pada grid elektrik untuk memastikan kesihatan sistem.[2]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Yvonne Zimber (2007-05-09). "DCF77 transmitting facilities". Dicapai pada 2010-05-02.
  2. ^ KEMA, Inc. (November 2006). "Substation Communications: Enabler of Automation / An Assessment of Communications Technologies". UTC - United Telecom Council.

Pautan luar

sunting

Templat:TimeSig Templat:Time Topics