Jamaat al Islami (Arab: جماعتِ اسلامی, Urdu: Jamaat-e-Islami‎) merupakan satu pergerakan politik Islam yang ditubuhkan oleh Sayyid Abul Ala Maududi pada 24 Ogos 1941 sebagai sebuah parti politik di Pakistan. Tapi pada hakikatnya ia sebuah jamaah akidah atau harakah Islamiah untuk menegakkan sistem hidup Islam di muka bumi ini. Akidahnya ialah 2 kalimah syahadah. Kalimah syahadah ini telah ditafsir dan dihuraikan dengan begitu teliti sehingga ia menjadi teras kepada perjuangan Jamaat-i Islami.

Bendera Jemaat al Islami

Pengasas sunting

Maududi lahir pada 1903 dan meninggal pada 1979. Tempat kelahirannya ialah Aurangabad, Hydrabad (Deccan). Beliau meninggal dunia ketika permulaan Islamisasi Zia Ul Haq di Pakistan.

Mulai 1918 (umur 17 tahun), beliau menjadi wartawan / editor akhbar Taj di Jabalpur. Kemudian menjadi editor akhbar Muslim di Delhi iaitu saluran rasmi gerakan Jamiat al-Ulama -i Hind. Seterusnya ke Delhi untuk memimpin akhbar al Jamiat. Ini dikuti dengan perpindahannya untuk memimpin majalah bulanan Tarjuman al Quran. Majalah ini menjadi saluran pemikiran dan perjuangan Maududi.

Pada tahun 1937, Dr Muhamad Iqbal menemui Maududi.Mereka berbincang tentang pembentukan semula undang-undang Islam di India. Maududi amat menekankan penggubalan perlembagaan Islam dan pengguatkuasanya. Lantaran kemahirannya itu Presiden Muammar Ghadafi pernah menjemputnya untuk menggubal perlembagaan negara Jamahiriyah Libya.

Dr Muhamad Iqbal menjemputnya ke Punjab kerana dia tertarik dengan idea perjuangan Maududi. Jemputan Dr Muhamad Iqbal itu diterima oleh Maududi tapi malangnya pada tahun 1938, Dr Muhamad Iqbal pula meninggal dunia. Oleh itu Maududi pindah ke Lahore dan menjadi pensyarah jemputan di Sekolah Himayat al -Islam. Beliau pernah menjadi dekan Fakulti Teologi, Islamic College di Lahore.

Pada bulan Ogos 1941, Maududi menubuhkan Jamaat-i Islami. Gerakan ini lebih luas, agresif lalu mendapat tentangan dari pada rakyat dan pemerintah sendiri. Maududi pernah dipenjarakan dari tahun 1948-1950. Ketika zaman Ayub Khan, Yahya Khan dan Zulfikar Ali Butto, Maududi dan pengikut Gerakan Jamaah Islami ditindas.

Pada tahun 1953, Maududi sekali lagi dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana perjuangannya menentang ajaran Qadiani. Mazhab Qadiani ditentang habis-habisan oleh Maududi kerana pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad mengaku menjadi nabi dan rasul. Tetapi pada tahun 1955 beliau dibebaskan kerana desakan massa.

Reformasi politik sunting

Jamaat-i Islami merupakan gerakan fundamentalis di benua kecil India yang menuntut Darul Falah Islam daripada kuasa British. Setelah Pakistan merdeka, Jamaat menuntut masyarakat kembali kepada sumber al Quran dan hadis. Markas Jamaat-i Islami terpaksa dipindahkan dari Pathankot ke Lahore bagi disesuaikan dengan iklim politik ketika itu.

Melalui Islami Jamiat Tullabae, Jamaat berjaya 'mengislamkan semula' golongan terpelajar Pakistan. Kejayaan 'mengislamkan semula' golongan terpelajar ini membolehkan mereka turut serta dalam 'A Renaissance movement in Islam '

Banyak sekali gagasan yang diutarakan oleh genius Maududi. Baginya, kedaulatan manusia (rakyat) tidak ada , yang ada hanya kedaulatan Allah. Dialah yang mesti ditaati secara tunggal dan mutlak dalam segala bentuk hukuman, undang-undang dan peraturan-peraturan . Ini bertentangan dengan nilai-nilai demokrasi yang dibawa, dicanang dan dipaksakan oleh barat. Ia juga bertentangan dengan pemerintahan yang didominasi oleh kaum 'ulama'.

Teori politiknya ini mendapat dokongan kuat dari Sayid Quth tetapi mendapat tentangan hebat dari kerajaan dan ulama kontemporari ketika itu.

Beliau tidak pernah jemu mengkritik kerajaan Pakistan yang tidak menjalankan peraturan dan kaedah-kaedah hidup Islam secara menyeluruh. Hal ini menyebabkan beliau meringkuk dalam penjara beberapa kali .

Penentangan sunting

Setiap gerakan politik atau berbau politik pasti akan menerima tentangan. Tokoh penting yang bertindak keluar dari Jamaat al Islami ialah Manzur Numani dan Abul Hassan al-Nadwi. Abul Hassan al-Nadwi berpendapat Rasulullah mengamalkan tauhid Ubudiyah dan tidak tauhid Rububiyah.

Sedangkan Maududi menyatakan:

Mestilah diterima hukuman dan peraturan-Nya dalam urusan kehidupan. Jadi yang dikatakan syirik itu bukan semata-mata kerana menyembah yang lain daripada Allah, tetapi juga dengan mengikuti peraturan yang lain daripada yang diturunkan-Nya.

Maududi amat mementingkan kualiti. Lantaran itu Jamaat Islami tewas tiga kali dalam pilihanraya umum di Pakistan . Ini kerana idealismenya hanyak didokong oleh golongan intelek, tetapi golongan marhaen gagal memahami sepenuhnya perjuangan Jamaat.

Jamaat tersilap perhitungan dengan menjangkakan selepas Pakistan merdeka, Jamaat dengan mudah menguasai politik. Sebaliknya mereka tidak sedar mengenai perubahan yang telah terjadi setelah merdeka bahawa ada kekuatan lain selain Muslim League : askar, pegawai pentadbiran awam, tuan-tuan tanah, tuan-tuan empunya kilang yang masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Tetapi Jamaat percaya bahawa kalau Muslim League dapat diatasi ia dapat beroleh kekuasaan sebagaimana Muslim League telah dapat mengambil kekuasaan dari orangg Ingggeris.

Sungguhpun dalam tulisan-tulisan Maududi menyatakan demokrasi bukan cara mencapai perubahan Islam, tetapi Jamaat terpaksa mengikut arus demokrasi dengan menyertai pilihanraya. Sememangnya Jamaat tidak berupaya untuk menang dalam ketiga-tiga pilihanraya tersebut.

Pautan luar sunting