Jambatan Melaka-Dumai

Jambatan Melaka-Dumai merupakan jambatan cadangan 35 km merentasi Selat Melaka dari negeri Melaka, Malaysia ke Dumai, Provinsi Riau, Indonesia.

Perancangan sunting

Persetujuan awal telah diperolehi daripada pihak pemerintah di Sumatera. Ia dibincangkan dalam mesyuarat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMTGT).

Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang meneliti cadangan awal.

Pada 12 November 2009 , Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan pembinaan jambatan sepanjang 35 km dengan kos RM44 bilion .Antara sumber kewangan utamanya ialah Exim Bank of China (pinjaman bank sebanyak 85 % dari jumlah kos)[1] dan syarikat swasta 15 %. Presiden China, Hu Jintao telah melawat negeri Melaka dan meninjau destinasi pelancongan dan pembangunan sekitar Masjid Selat.

Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) menggesa pembinaan jambatan ini dibatalkan kerana berisiko tinggi. Biasanya pemimpin yang lama memerintah mahu melaksanakan projek mega. Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pencetus idea ini . Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Link Kedua antara Malaysia dan Singapura dibina semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Andainya terbengkalai akibat kenaikan kos, masalah gempa bumi,serangan lanun dan pengganas dan pelanggaran kapal laut tentunya kerajaan akan menanggung kerugian. Pihak bank juga memerlukan jaminan risiko daripada kerajaan Malaysia.

Langkah jangka pendek perlu disediakan seperti memodenkan sistem pengangkutan feri, kapal dan kapal terbang dari Semenanjung Malaysia ke Sumatera, Indonesia.

Seandainya, projek in berjaya dilaksanakan, hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara ini dapat dipertingkatkan,disamping meningkatkan perkembangan ekonomi melalui peluang pekerjaan, pelancongan, bahan-bahan mentah, latihan kejuruteraan dan lain-lain.[2]

Rujukan sunting