Jambatan Sultan Yahya Petra


Jambatan Sultan Yahya Petra merupakan jambatan utama di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia merentasi Sungai Kelantan. Pembinaan bermula pada tahun 1962 dengan kos RM5 juta, oleh pembina terkenal Kien Huat Private Limited, milik keluarga Tan Sri Lim Goh Tong. Jambatan ini menghubungkan Kg Sireh di bandar kota Bharu dengan Pasir Pekan di daerah Tumpat. Sebelum adanya jambatan ini, penduduk terpaksa menaiki feri di Pasir Mas Salor untuk ke Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang.

Jambatan Sungai Kelantan
Nama rasmi Jambatan Sultan Yahya Petra
Nama Inggeris  
Tempat Jalan Rantau Panjang-Kota Bharu
Membawa Kenderaan bermotor, Pejalan kaki
Menyeberangi Sungai Kelantan
Bidang terpanjang --
Panjang jambatan --
Lebar jambatan --
Tarikh dibuka 18hb April 1965
Diselenggara oleh JKR Kota Bharu
Reka bentuk Jambatan lengkung
Pereka/pelanggan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
Kontraktor/pembinaan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)

Pada 17 April 1965, Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan, Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.[1] Jambatan Sultan Yahya Petra dikenakan kutipan tol. Ini menjadikan ia laluan awam pertama di Malaysia yang dikenakan tol. Kutipan tol terpaksa dilakukan bagi mengutip semula perbelanjaan pembinaan jambatan baru itu.

Pada awal pagi 9hb Julai 1978, penyokong-penyokong Barisan Nasional telah memusnahkan rumah tol di atas jambatan tersebut setelah BN berjaya memenangi pilihan raya negeri. Semenjak itu, kutikan tol telah dihentikan seiring dengan janji BN Kelantan dalam pilihanraya itu.

Pada tahun 2007, Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra telah dibina dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Pembinaan yang menelan belanja sebanyak RM184.4 juta itu telah dibuka sepenuhnya pada bulan Oktober 2013.

Pembinaan yang telah mengubah landskap Kota Bharu itu melibatkan pembinaan jalan bertingkat 6 lorong dengan kemudahan laluan motorsikal dan basikal menghubungkan Pasir Pekan ke Bulatan Kijang, Jalan Hamzah ke Wakaf Siku dan Jalan Sultan Yahya Petra ke Jalan Dusun Muda.].

Rujukan sunting

  1. ^ "Perasmian Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-15. Dicapai pada 2018-08-15.

Pautan luar sunting