Jambatan imbang merupakan sejenis jambatan gerak yang mempunyai berat pengimbang untuk mengimbangi bidang jambatan, atau "daun," semasa berayun ke atas (terbuka). Jambatan imbang merupakan jambatan boleh gerak paling biasa ditemui kerana ia boleh terbuka dengan cepat dan memerlukan hanya sedikit tenaga secara relatif untuk digerakkan.

Animasi jambatan imbang daun kembar

Jambatan imbang boleh jadi daun tunggal atau kembar. Jambatan daun kembar lazimnya mempunyai struktur kekuda dan berat pengimbang di bawah rentang, manakala jambatan daun tunggal selalunya merupakan jambatan kekuda dengan berat pengimbang yang ditinggikan. Jambatan Menara ialah jambatan daun kembar yang terkenal.

Galeri sunting

Lihat juga sunting