Jambu batu
Jambu batu (Jawi: جمبو باتو ) atau jambu biji (Psidium guajava Linn) merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah dari cabang Myrtoideae keluarga "Myrtaceae". Jambu batu banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.
Jambu batu | |
---|---|
Buah jambu batu | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Tribus: | |
Genus: | |
Spesies: | P. guajava
|
Nama binomial | |
Psidium guajava |
Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico iaitu di kawasan tropika Amerika. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.
Morfologi
suntingPokok sederhana besar, setinggi 10 m. Kulit licin, nipis, warna merah perang, kulit tua melekang mendedahkan kulit muda yang berwarna kuning atau kehijau-kehijauan. Daun ringkas, susunan bertentangan, panjang 5-15 cm, lebar 3-6 cm. Bunga di ketiak daun, tunggal atau 2 kuntum, putih, lebar 3-3.5 cm, banyak stamen. Buah jenis beri, bentuk bebola, bujur telur seperti pir, kecil atau besar, panjang 2-12 cm, hujung buah ada kelopak kaliks yang kekal, muda hijau, setelah masak masih hijau atau kuning, isi yang keras menjadi lembut setelah masak, warna putih, kuning, merah jambu atau merah, rasa manis atau masam, wangi, isi ada sel batu dan banyak biji kecuali kultivar tanpa biji.
Penggunaan
suntingNilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 0.32 kJ (0.076 kcal) |
Karbohidrat | 9.1-17 mg |
- Serabut diet | 0.9-1.0 |
Lemak | 0.43-0.7 g |
Protein | 0.1-0.5 g |
- beta-karotena | 0.046 μg (0%) |
Tiamina (vit. B1) | 0.03-0.04 mg (-3%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.6-1.068 mg (-88%) |
Vitamin C | 80 mg (96%) |
Kalsium | 270 mg (27%) |
Fosforus | 0.30-0.70 mg (0%) |
Kalium | 17.8-30 mg (17%) |
J. V. Kamath, Nair Rahul, C. K. Ashok Kumar, S. Mohana Lakshmi (2008), "Psidium guajava L: A review", International Journal of Green Pharmacy (dalam bahasa Inggeris), TIFAC CORE in Green Pharmacy, 2CS1 maint: multiple names: authors list (link) Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. |
Makanan
suntingBuah yang masak dimakan mentah; isi lembut dan berbau wangi dibuat jem, jeli, jus, kordial, kek, pai, sup dan manisan. Isi atau jus jambu batu ditinkan atau dijadikan serbuk. Daun jambu batu boleh digunakan sebagai ganti daun teh.
Perubatan
suntingJambu batu lazimnya digunakan sebagai ubat dalam perubatan tradisional dalam masyarakat Asia, Amerika Tengah, Caribbean dan Afrika.[1]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Gutiérrez, RM; Mitchell, S; Solis, RV (2008). "Psidium guajava: A review of its traditional uses, phytochemistry and pharmacology". Journal of Ethnopharmacology. 117 (1): 1–27. doi:10.1016/j.jep.2008.01.025. PMID 18353572.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Jambu batu. |
- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura
- Jabatan Pertanian Malaysia: Jambu batu. Diarkibkan 2003-11-04 di Wayback Machine
- Jambu batu (guava) – Psidium guajava Linn.
- Jabatan Pertanian Malaysia: Guava. Diarkibkan 2003-10-21 di Wayback Machine