James Baum

James Michael Baum (lahir 29 Mei 1979) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan penerbit rakaman Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan hasil karyanya dalam genre R&B dan kontemporari urban, dengan lagu-lagu terkenalnya seperti "Letter in a Song", "Skirts" dan "Dirinya Sebenar".[2]

James Baum
Nama lahirJames Michael Baum
Kelahiran (1979-05-29) 29 Mei 1979 (umur 42)
Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit rakaman
InstrumenVokal
Tahun aktif1999–kini
Syarikat rakaman
Red Room Studios
Pengkarya berkait
Poetic Ammo, Senoritas, Syamsul Yusof, Dayang Nurfaizah

Kerjaya muzikSunting

James Baum memulakan kerjaya dalam bidang muzik pada usia belasan tahun.[3] Beliau meninggalkan kampung halamannya di Georgetown, Pulau Pinang untuk mengejar impiannya dalam bidang muzik. Sebagai pemuzik yang diajar sendiri, beliau mula memetik gitar pada usia 14 tahun. Asalnya bermula dengan hip hop, James berpeluang menjadi sebahagian daripada Ammo Alliance yang diasaskan oleh Poetic Ammo, malah beliau juga menyumbangkan suaranya dalam tiga lagu Poetic Ammo - "All About The Hook Up", "We Hit Em Up Too" dan "Intellectual Poetry" yang dimuatkan dalam album kedua kumpulan itu, The World Is Yours.[3]

Gaya muziknya yang merangkumi R&B dan kontemporari urban mendorong beliau bekerjasama dengan ramai penyanyi termasuk Poetic Ammo, Dayang Nurfaizah, Hannah Tan dan Syamsul Yusof.[1][2] Pada tahun 2004, beliau melancarkan single solo pertamanya, "Skirts" dengan menampilkan duet bersama Damian Mikhail.[3][4] EP sulungnya, Backstage dikeluarkan pada 2007 oleh R Records milik Reshmonu dengan "Letter in a Song" dikeluarkan sebagai single utamanya.

James juga paling dikenali menerusi rentetan kerjasamanya bersama Skop Productions milik Yusof Haslam apabila beliau menyumbangkan muzik tema untuk filem Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan Aku Bukan Tomboy serta drama Gerak Khas dan Metro Skuad.[2] Beliau menubuhkan Red Room Studios yang bertumpu kepada penerbitan muzik. Pada November 2011, beliau melancarkan album sulungnya, My Lead yang mengandungi 17 lagu, dengan "Locked in Love" dan "Dirinya Sebenar" dikeluarkan sebagai single.[1][2]

Kehidupan peribadiSunting

James Baum dilahirkan di Pulau Pinang dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik, beliau mempunyai dua adik perempuan dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya.[3] Bapanya, George Baum ialah seorang penyanyi muzik country ketika Angkasapuri yang merupakan ibu pejabat Radio Televisyen Malaysia (RTM), pada masa itu ialah penyiar tunggal negara.[5] James berdarah kacukan Burma, Scotland, Jerman, Cina, India dan Ireland.[3]

DiskografiSunting

EPSunting

Tajuk Butiran album
Backstage

Album studioSunting

Tajuk Butiran album
My Lead

SingleSunting

Tajuk Tahun
"Skirts" 2004
"Letter in a Song" 2007
"Locked in Love" 2011
"Dirinya Sebenar"
"All You Got" (feat. Tacmatic) 2013

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2010 Voice Independent Music Awards 2010 Smoothest R&B Act Dirinya sendiri Menang
Anugerah Industri Muzik ke-18 Artis Baru Terbaik Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ a b c Wahiduzzaman (14 November 2011). "Cabaran hidup penyuntik kekuatan James Baum". mStar Online. Dicapai pada 15 Februari 2018.
  2. ^ a b c d Budiey (2 November 2011). "James Baum launch My Lead album" [James Baum melancarkan album My Lead] (dalam bahasa Inggeris). Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Februari 2018.
  3. ^ a b c d e Grace Chen (17 November 2011). "James Baum's my lead" [Keperibadian James Baum] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 15 Februari 2018 – melalui PressReader.
  4. ^ Shuib Taib (30 November 2004). "James unwraps more than 'Skirts'" [James bongkar lebih dari 'Skirts'] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
  5. ^ "Skirts and Baum" [Skirts dan Baum] (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. 28 November 2004. Dicapai pada 17 Oktober 2020.

Pautan luarSunting