James Chua

pemain dan jurulatih badminton Malaysia

James Chua (Bahasa Cina: 蔡其豪; pinyin: Cai Qihao lahir 30 Mac 1979) ialah bekas pemain badminton Malaysia. Dilahirkan di Sarawak, Chua berpindah ke Kuala Lumpur untuk menyertai skuad BAM pada 1995.[1] Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan remaja Malaysia yang memenangi gangsa beregu lelaki pada Kejohanan Remaja Asia 1997 di Manila.[2] Beliau merupakan juara di Satelit Malaysia 1998,[3] dan pada 2001 merangkul gelaran Kejohanan Kebangsaan.[4] Chua memenangi gelaran Grand Prix Dunia pada Terbuka Malaysia 2002 menewaskan rakan senegaranya yang juga juara bertahan, Ong Ewe Hock dalam permainan dua set.[5] Bersama-sama dengan skuad pasukan lelaki negara, mereka memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1998 dan 2002.[6]

James Chua
蔡其豪
Maklumat peribadi
NegaraMalaysia
Lahir (1979-03-30) 30 Mac 1979 (umur 44)
Kuching, Sarawak, Malaysia
Tinggi1.71 m (5 ka 7 in)
Berat73 kg (161 lb)
Cakat tanganKanan
AcaraPerseorangan lelaki
Profil BWF

Pada 5 Julai 2022, beliau dilantik sebagai jurulatih perseorangan wanita BAM, menggantikan Indra Wijaya yang meninggalkan jawatan itu untuk melatih Lee Zii Jia.[7]

Pencapaian sunting

Grand Prix Dunia IBF sunting

Grand Prix Badminton Dunia yang dibenarkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) sejak 1983.

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Lawan Skor Keputusan
2002 Terbuka Malaysia   Ong Ewe Hock 15–10, 15–6   Juara
2002 Terbuka Switzerland   Marleve Mainaky 7–2, 5–7, 3–7, 8–6, 1–7   Naib juara

Cabaran/Siri Antarabangsa BWF sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Lawan Skor Keputusan
1998 Satelit Malaysia   Ramesh Nathan 15–8, 5–15, 15–10   Juara

Rujukan sunting

  1. ^ "Sarawak mahu James disenarai". Utusan. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2018. Dicapai pada 26 April 2018.
  2. ^ "Asian Juniors: Indonesia Scrapes by into 2 Team Finals" (dalam bahasa Inggeris). New Shuttlenws. Dicapai pada 26 April 2018.
  3. ^ "Ramesh, James ke akhir". Utusan. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2018. Dicapai pada 26 April 2018.
  4. ^ "James Chua juara GP Kebangsaan". Utusan. Dicapai pada 26 April 2018.
  5. ^ "James Chua bags the 2002 Malaysia Open Men's Singles Title" (dalam bahasa Inggeris). Badminton Central. Dicapai pada 26 April 2018.
  6. ^ "Chong Hann turut mara". Utusan. Dicapai pada 26 April 2018.
  7. ^ Shamsudin, Shaiful (5 Julai 2022). "James Chua dilantik jurulatih perseorangan baru BAM". Stadium Astro. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2022. Dicapai pada 7 Julai 2022.

Pautan luar sunting