James Byron Dean (8 Februari 1931 – 30 September 1955) merupakan pelakon Amerika Syarikat. Beliau dikenali menerusi filem Rebel Without a Cause (1955), East of Eden (1955) dan Giant (1956). Dean meninggal dunia akibat kemalangan kereta.[1] Dean menjadi pelakon pertama yang menerima pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik setelah meninggal dunia untuk filem Giant.[2] Pada tahun 1999, American Film Institute meletakkan beliau ditempat ke-18 sebagai pelakon filem lelaki terbaik di era emas Hollywood dalam senarai AFI's 100 Years...100 Stars.[3]

James Dean
Dean pada tahun 1955
Kelahiran(1931-02-08)8 Februari 1931
Meninggal duniaSeptember 30, 1955(1955-09-30) (umur 24)
Sebab kematianKemalangan kereta
DikebumikanPark Cemetery, Fairmount, Indiana, U.S.
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1950–1955
Tandatangan

Kehidupan awal

sunting

James Byron Dean dilahirkan pada 8 Februari 1931 di Marion, Indiana,[4] dan merupakan anak tunggal kepada Winton Dean (17 Januari 1908 – 21 Februari 1995) dan Mildred Marie Wilson (15 September 1910 – 14 Julai 1940). Beliau merupakan berdarah Inggeris dengan sedikit campuran darah Jerman, Ireland, Scotland dan Welsh. Enam tahun selepas bapanya meninggalkan kerja perladangan untuk menjadi juruteknik pergigian, Dean dan keluarganya telah berpindah ke Santa Monica, California. Beliau telah pergi ke Sekolah Awam Brentwood di Brentwood, Los Angeles, California, sebelum dipindahkan ke Sekolah Rendah McKinley.[5] Dean sangat rapat dengan ibunya. Menurut DeAngelis, ibunya merupakan "satu-satunya orang yang dapat memahami beliau".[6] Pada tahun 1938, ibunya mengalami sakit perut dan kehilangan berat badan. Ketika berusia sembilan tahun, ibu Dean meninggal dunia akibat barah rahim.[5]

Tidak mampu untuk menjada anaknya, bapa Dean telah menghantar beliau untuk tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya, Ortense dan Marcus Winslow, di Fairmount, Indiana.[7][8] Semasa zaman remajanya, Dean mempunyai hubungan yangr rapat dengan pastor Rev. James DeWeerd, yang banyak mempengaruhi Dean terutama minatnya dalam laga lembu, lumba kereta dan teater.[9] Menurut Billy J. Harbin, Dean mempunyai "sebuah hubungan rapat dengan pastornya, yang bermula pada tahun senior sekolah tinggi dan bertahan bertahun lamanya".[10][11] Dakwaan hubungan seksual mereka telah dibangkitkan menerusi buku Boulevard of Broken Dreams: The Life, Times, and Legend of James Dean (1994) oleh Paul Alexander.[12] Pada tahun 2011, dilaporkan, Dean menceritakan kepada Elizabeth Taylor bahawa beliau pernah didera secara seksual oleh seorang ahli agama kira-kira dua tahun selepas kematian ibunya.[13] Laporan lain turut mendakwa bahawa beliau telah didera secara seksual oleh DeWeerd semasa kanak-kanak atau mempunyai hubungan seksual ketika Dean remaja.[11][12]

Dean merupakan pelajar popular di sekolahnya. Beliau bermain besbol, bola keranjang serta terlibat dalam pengajian drama dan bertanding pengucapan awam melalui Persatuan Forensik Sekolah Tinggi Indiana. Selamat tamat belajar di Sekolah Tinggi Fairmount pada Mei 1949,[14] beliau berpindah ke California bersama anjing peliharaannya, Max, untuk tinggal bersama bapa dan ibu tirinya. Beliau telah mendaftar masuk ke Kolej Santa Monica (SMC) untuk jurusan pra undang-undang. Beliau kemudiannya berpindah ke UCLA untuk satu semester[15] dan menukar kepada jurusan drama,[16] yang menyebabkan hubungannya dengan bapanya menjadi renggang. Semasa di UCLA, Dean dipilih untuk melakonkan watak sebagai Malcolm dalam Macbeth.[17] Dalam masa yang sama, beliau turut mula berlakon dalam bengkel James Whitmore. Pada Januari 1951, beliau menarik diri dari UCLA untuk menjadi pelakon sepenuh masa.[18][19]

Filemografi

sunting
Tahun Judul Peranan Pengarah Nota
1951 Fixed Bayonets! Doggie Samuel Fuller Tanpa kredit
1952 Sailor Beware Boxing Trainer Hal Walker Tanpa kredit
1952 Deadline – U.S.A. Copyboy Richard Brooks Tanpa kredit
1952 Has Anybody Seen My Gal? Pemuda di Soda Fountain Douglas Sirk Tanpa kredit
1953 Trouble Along the Way Football Spectator Michael Curtiz Tanpa kredit
1955 East of Eden Cal Trask Elia Kazan
1955 Rebel Without a Cause Jim Stark Nicholas Ray
1956 Giant Jett Rink George Stevens Filem terakhir

Televisyen

sunting
Tahun Peranan Peranan Nota
1951 Family Theater John the Apostle Episod: "Hill Number One: A Story of Faith and Inspiration"
1951 The Bigelow Theatre Hank Episod: "T.K.O."
1951 The Stu Erwin Show Randy Episod: "Jackie Knows All"
1952 CBS Television Workshop G.I. Segmet: "Into the Valley"
1952 Hallmark Hall of Fame Bradford Episod: "Forgotten Children"
1952 The Web Diri sendiri Episod: "Sleeping Dogs"
1952–1953 Kraft Television Theatre Pelbagai watak 3 episod
1952–1955 Lux Video Theatre Pelbagai watak 2 episod
1953 The Kate Smith Hour The Messenger Episod: "The Hound of Heaven"
1953 You Are There Robert Ford Episode: "The Capture of Jesse James"
1953 Treasury Men in Action Pelbagai watak 2 episod
1953 Tales of Tomorrow Ralph Episod: "The Evil Within"
1953 Westinghouse Studio One Pelbagai watak 3 episod
1953 The Big Story Rex Newman Episod: "Rex Newman, Reporter for the Globe and News"
1953 Omnibus Bronco Evans Episod: "Glory in the Flower"
1953 Campbell Summer Soundstage Pelbagai watak 2 episod
1953 Armstrong Circle Theatre Joey Frasier Episod: "The Bells of Cockaigne"
1953 Robert Montgomery Presents Paul Zalinka Episod: "Harvest"
1953–1954 Danger Pelbagai watak 4 episod
1954 The Philco Television Playhouse Rob Episod: "Run Like a Thief"
1954 General Electric Theater Pelbagai watak 2 episod
1955 The United States Steel Hour Fernand Lagarde Episod: "The Thief"
1955 Schlitz Playhouse Jeffrey Latham Episod: "The Unlighted Road"

Rujukan

sunting
  1. ^ Goodman, Ezra (September 24, 1956). "Delirium over dead star". Life. Vol. 41 No. 13. m/s. 75–88.CS1 maint: location (link)
  2. ^ David S. Kidder; Noah D. Oppenheim (14 October 2008). The Intellectual Devotional Modern Culture: Revive Your Mind, Complete Your Education, and Converse Confidently with the Culturati. Rodale. m/s. 228. ISBN 978-1-60529-793-4. Dicapai pada 21 July 2013. Dean was the first to receive a posthumous Academy Award nomination for acting and is the only actor to have received two such posthumous nominations.
  3. ^ "AFI's 100 Years...100 Stars". American Film Institute.
  4. ^ Chris Epting (1 June 2009). The Birthplace Book: A Guide to Birth Sites of Famous People, Places, & Things. Stackpole Books. m/s. 163. ISBN 978-0-8117-4018-0.
  5. ^ a b George C. Perry (2005). James Dean. DK Publishing, Incorporated. m/s. 27. ISBN 978-0-7566-0934-4.
  6. ^ Michael DeAngelis (15 August 2001). Gay Fandom and Crossover Stardom: James Dean, Mel Gibson, and Keanu Reeves. Duke University Press. m/s. 97. ISBN 0-8223-2738-4.
  7. ^ Val Holley (September 1991). James Dean: Tribute to a Rebel. Publications International. m/s. 18. ISBN 978-1-56173-148-0.
  8. ^ Robert Tanitch (1997). The Unknown James Dean. Batsford. m/s. 114. ISBN 978-0-7134-8034-4.
  9. ^ Marie Clayton (1 January 2004). James Dean: A Life in Pictures. Barnes and Noble Books. ISBN 978-0-7607-5614-0.
  10. ^ Billy J. Harbin; Kim Marra; Robert A. Schanke (2005). The Gay & Lesbian Theatrical Legacy: A Biographical Dictionary of Major Figures in American Stage History in the Pre-Stonewall Era. University of Michigan Press. m/s. 133–134. ISBN 0-472-06858-X.
  11. ^ a b See also Joe and Jay Hyams, James Dean: Little Boy Lost (1992), p.20, who present an account alleging Dean's molestation as a teenager by his early mentor DeWeerd and describe it as Dean's first homosexual encounter (although DeWeerd himself largely portrayed his relationship with Dean as a completely conventional one).
  12. ^ a b Paul Alexander, Boulevard of Broken Dreams: The Life, Times, and Legend of James Dean, Viking, 1994, p. 44.
  13. ^ Sessums, Kevin (March 23, 2011). "Elizabeth Taylor Interview About Her AIDS Advocacy". The Daily Beast. Dicapai pada March 24, 2011.
  14. ^ Michael Ferguson (2003). Idol Worship: A Shameless Celebration of Male Beauty in the Movies. STARbooks Press. m/s. 106. ISBN 978-1-891855-48-1.
  15. ^ "Notable Actors | UCLA School of Theater, Film and Television". Tft.ucla.edu. 2010-02-11. Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2010. Dicapai pada 2010-10-16. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ Karen Clemens Warrick (2006). James Dean: Dream as If You'll Live Forever. Enslow Publishers, Inc. m/s. 44. ISBN 978-0-7660-2537-0.
  17. ^ Joyce Chandler (27 September 2007). James Dean: A Rebel with a Cause: A Fans Tribute. AuthorHouse. m/s. 73. ISBN 978-1-4670-9575-4.
  18. ^ "The unseen James Dean". London: The Times. March 6, 2005. Dicapai pada January 6, 2010.
  19. ^ "NOTABLE ALUMNI ACTORS". UCLA School of Theater, Film and Television. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada September 29, 2014.

Bacaan tambahan

sunting

  • Alexander, Paul: Boulevard of Broken Dreams: The Life, Times, and Legend of James Dean . Viking, 1994. ISBN 0-670-84951-0
  • Bast, William: James Dean: A Biography. Ballantine Books, 1956.
  • Bast, William (2006). Surviving James Dean. New Jersey: Barricade Books. ISBN 1-56980-298-X.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Beath, Warren: Death of James Dean. Grove Press, 1986. ISBN 0-394-55758-1
  • Beath, Warren, with Wheeldon, Paula; James Dean in Death: A Popular Encyclopedia of a Celebrity Phenomenon, McFarland & Co., Inc., 2005. ISBN 0-7864-2000-6
  • Dalton, David: James Dean-The Mutant King: A Biography. Chicago Review Press, 2001. ISBN 1-55652-398-X
  • DeAngelis, Michael (2001). Gay Fandom and Crossover Stardom: James Dean, Mel Gibson, and Keanu Reeves. Durham: Duke University Press. ISBN 0-8223-2728-7.
  • Frascella, Lawrence and Weisel, Al: Live Fast, Die Young: The Wild Ride of Making Rebel Without a Cause. Touchstone, 2005. ISBN 0-7432-6082-1
  • Gilmore, John : Live Fast-Die Young: Remembering the Short Life of James Dean. Thunder's Mouth Press, 1998. ISBN 1-56025-169-7
  • Gilmore, John: The Real James Dean. Pyramid Books, 1975. ISBN 0-515-03814-8
  • Heinrichs, Steve; Marinello, Marco; Perrin, Jim; Raskin, Lee; Stoddard, Charles A; Zigg, Donald; Porsche Speedster TYP540: Quintessential Sports Car, 2004, Big Lake Media, Inc. ISBN 0-9746468-0-6

  • Holley, Val: James Dean: The Biography. St. Martin's Griffin, 1996. ISBN 0-312-15156-X
  • Turiello, James: The James Dean Collection, 1993. Biography on fifty trading cards with photographs from The James Dean Gallery in Fairmount Indiana.
  • Hopper, Hedda and Brough, James: "James Dean Was a Rebel With a Cause" in The Whole Truth and Nothing But. Doubleday. 1963.
  • Howell, John: James Dean: A Biography. Plexus Publishing, 1997. Second Revised Edition. ISBN 0-85965-243-2
  • Hyams, Joe; Hyams, Jay: James Dean: Little Boy Lost. Time Warner Publishing, 1992. ISBN 0-446-51643-0
  • Martinetti, Ronald: The James Dean Story, Pinnacle Books, 1975. ISBN 0-523-00633-0
  • Morrissey (1983). James Dean is Not Dead. Manchester: Babylon Books. ISBN 0907188060.
  • Perry, George: James Dean. DK Publishing, 2005. ISBN 1-4053-0525-8
  • Riese, Randall: The Unabridged James Dean: His Life from A to Z. Contemporary Books, 1991. ISBN 0-8092-4061-0
  • Raskin, Lee: James Dean: At Speed. David Bull Publishing, 2005. ISBN 1-893618-49-8
  • Sheridan, Liz: Dizzy & Jimmy: My Life With James Dean : A Love Story. HarperCollins Canada / Harper Trade, 2000. ISBN 0-06-039383-1
  • Spoto, Donald: Rebel: The Life and Legend of James Dean. HarperCollins, 1996. ISBN 0-06-017656-3

Pautan luar

sunting

Templat:Commons+cat