James Ludlow Elliot (17 Jun 1943 – 3 Mac 2011) adalah seorang ahli astronomi Amerika Syarikat yang sebagai ahli pasukan menemui gelang-gelang di keliling planet Uranus.[1] Elliot turut pernah menyertai pasukan yang memerhatikan pemanasan global pada Triton, iaitu bulan terbesar di Neptun.[2][3]

Elliot lahir pada tahun 1943 di Columbus, Ohio. Beliau menerima ijazah S.B. dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) pada tahun 1965, dan ijazah Ph.D. dari Universiti Harvard pada tahun 1972. Elliot merupakan Profesor Fizik dan Profesor Sains Bumi, Atmosfera dan Cakerawala di MIT, serta Pengarah Balai Cerap Astrofizik George R. Wallace, Jr. hinggalah saat beliau meninggal dunia pada 3 Mac 2011.[4]

Terdapat pertikaian sama ada gelang-gelang Uranus itu ditemui oleh Elliot dan lain-lain ataupun William Herschel pada tahun 1797.[5] Walau bagaimanapun, masyarakat saintifik berijmak untuk menyokong Elliot sebagai penemunya.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Elliot, J.L. (1977). "The Rings of Uranus". Nature. 267 (5609): 328–330. Bibcode:1977Natur.267..328E. doi:10.1038/267328a0. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ HubbleSite - NewsCenter - Hubble Space Telescope Helps Find Evidence that Neptune's Largest Moon Is Warming Up (06/24/1998) - Release Text
  3. ^ Elliot, J. L., H. B. Hammel, L. H. Wasserman, O. G. Franz, S. W. McDonald, M. J. Person, C. B. Olkin, E. W. Dunham, J. R. Spencer, J. A. Stansberry, M. W. Buie, J. M. Pasachoff, B. A. Babcock, T. H. McConnochie, Global warming on Triton, Nature, 393, 765-767, 1998
  4. ^ EAPS, physics professor James Elliot dies at 67
  5. ^ Rincon, Paul (18 April 2007). "Uranus rings 'were seen in 1700s'". BBC News.
  6. ^ "Did William Herschel Discover The Rings Of Uranus In The 18th Century?". Physorg.com. 2007. Dicapai pada 2007-06-20.