James Monroe ialah Presiden Amerika Syarikat yang kelima dan memegang dua penggal antara tahun 1817 sampai 1825.

James Monroe, 1758-1831

Nama Monroe menjadi terkenal dengan doktrinnya yang disebut Doktrin Monroe, di mana beliau menyatakan bahawa benua Amerika tidak boleh lagi dijajah oleh negara-negara Eropah.

James Monroe lahir di Westmoreland County, Virginia pada 28 April 1758. Ketika berusia 18 tahun, beliau berjuang dalam Tentara Revolusi Amerika. Setelah mengabdi selama 4 tahun beliau kemudian memutuskan untuk mempelajari bidang undang-undang. Pada ketika beliau belajar undang-undang, beliau mengikat tali persahabatan dengan Thomas Jefferson, dan atas bimbingan Thomas Jefferson, James Monroe kemudiannya terjun dalam bidang politik.

Pengalaman James Monroe dalam bidang politik termasuk; menjadi anggota parlimen negeri Virginia, menjadi senator dan duta di bawah presiden dalam perundingan dengan Perancis ketika pembelian wilayah Louisiana.

James Monroe terpilih menjadi presiden pada 1817. Beliau berasal dari Parti Demokrat-Republik. Sewaktu menjawat beliau didampingi oleh Daniel D. Tompkins sebagai naib presiden.

Beliau memulai pemerintahannya dengan membentuk salah satu kabinet terkuat dalam sejarah A.S. Beliau membuang sentimen kedaerahan sewaktu beliau memilih anggota-anggota kabinetnya. Hasil terbesar pemerintahan James Monroe adalah dalam urusan luar negeri. Sejak beliau bersimpati terhadap gerakan kemerdekaan di negeru jajahan Sepanyol di benua Amerika dan ingin secepatnya mengakui kemerdekaan negara-negara baru itu, tetapi hal ini beliau tunda, kerana pada saat yang sama Amerika Syarikat sedang melakukan perundingan dengan Sepanyol mengenai wilayah Florida dan beliau tidak ingin rundingan yang sedang berlangsung ini gagal.

Setelah rundingan-rundingan ini berakhir dan Florida menjadi wilayah Amerika Syarikat, beliau segera bertindak dan mengakui kemerdekaan negara baru itu. Beliau bahkan mengambil langkah yang lebih jauh dengan mengumumkan Doktrin Monroe yang berbunyi

Amerika Syarikat menganggap segala campur tangan pihak luar dalam urusan negara - negara di benua Amerika sebagai (ancaman) bahaya terhadap keamanan dan keselamatannya.

James Monroe meninggalkan Rumah Putih pada tahun 1825.

Beliau meninggal dunia dalam usia 73 tahun pada tahun 1831 di New York.

Rujukan sunting

  • Buku Presiden - Presiden Amerika Syarikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)

Lihat juga: sunting