James W. Boyle atau lebih dikenali sebagai Jimmy Boyle lahir pada tahun 1922 di Pulau Pinang dan menerima pengajian awal di St. Xavier’s Institution, Pulau Pinang dan kemudiannya melanjutkan pendidikannya di Raffles Collage, Singapura. Beliau kemudian menyertai sebagai tenaga pangajar di St. Xavier’s Institution sejak tahun 1946.

Jimmy Boyle kemudian menjadi komposer dan penggubah muzik untuk Classical Saxophone Quartet of N.W. University Brass Ensemble. Hasil gubahan beliau telah dimainkan di seluruh dunia melalui rancangan radio BBC dan Voice of America, dan turut mendapat pujian dari pengkritik Jazz terkenal seperti Jerry Muchigan dan pemuzik Jazz antarabangsa saperti Charles Lloyd dan Jack Teagarden.

Saat yang paling membangggakan bagi Jimmy Boyle ialah apabila lagu ciptaan beliau dipilih mengiringi pengibaran bendera Malaysia buat pertama kali pada 31 Ogos 1957, semasa pengisytiharan kemerdekaan Malaysia, memandangkan lagu ‘Negara Ku’ masih dalam persiapan. Beliau juga mengarang lagu jambori Malaysia yang pertama, Kemegahan Negara Ku, yang telah dimainkan pada pengisytiharan Malaysia pada tahun 1963.

Di antara gubahan lagu-lagunya yang terkenal adalah Putera Puteri, Ingat Ingat, Jauh Jauh, Sungai Pahang, Rayuan Mesra, Bunga Negara dan Chendering. Beliau meninggal dunia pada tahun 1971, ketika berusia 49 tahun.

Pautan luarSunting

James W. BoyleSunting