Jamil Sulong

Pelakon, pengarah filem dan penulis lirik Singapura-Malaysia

Dato' Jamil Sulong (6 Ogos 1926 – 25 September 2014) merupakan seorang pengarah filem, pelakon dan penulis lirik yang berasal dari Parit Sulong, Johor. Beliau adalah pengarah tersohor yang telah menghasilkan banyak filem di bawah Malay Film Productions (MFP).[1] Beliau meninggal dunia pada 25 September 2014 akibat angin ahmar di kediaman Bukit Utama, Damansara.[2]


Jamil Sulong
Kelahiran(1926-08-06)6 Ogos 1926
Meninggal dunia25 September 2014(2014-09-25) (umur 88)
Bukit Utama, Damansara
Sebab kematianAngin ahmar
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Janda Baik, Pahang
PendidikanBatu Pahat High School
PekerjaanPengarah filem, pelakon, penulis lirik
Tahun aktif1951–2008[nota 1]
Organisasi
  • ASAS '50
  • Ikatan Persuratan Melayu (IPM)
  • PERSAMA
PasanganRosnani Jamil (k. 1953)
Anak-anak
  • Murniaty Jamil
  • Arjunaidi Jamil
  • Anwardi Jamil
  • Asnadi Jamil
Ibu bapa
  • Sulong Mansor (bapa)
  • Temun Manang (ibu)

Kehidupan awalSunting

Beliau merupakan anak daripada pasangan Sulong Mansor dan Temun Manang. Beliau membesar dan mendapat pendidikan awal di Batu Pahat. Selain itu, beliau juga turut aktif menulis cerpen, sajak dan komik selain menubuhkan persatuan penulis ASAS '50 di Singapura dan Ikatan Persuratan Melayu (IPM) di Melaka bersama Usman Awang, Yusof Harun, dan Mokhtar Yasin.[1]

Kerjaya filemSunting

Beliau mula bekerja di Malay Film Productions Ltd sebagai penterjemah. Pada tahun 1951, beliau dilantik sebagai penolong pengarah. Jamil Sulong manakala pada bulan November 1958, beliau menjadi pengarah secara penuh. Beliau bersama-sama P. Ramlee menubuhkan persatuan artis PERSAMA di Jalan Ampas, Singapura.[1]

Filem pertamanya ialah Batu Belah Batu Bertangkup yang dihasilkan pada tahun 1959 diikuti dengan filem klasik Si Tanggang dan juga Lela Manja. Filem beliau telah merangkul banyak anugerah pada peringkat antarabangsa. Antara filem-filemnya yang terkenal termasuklah Bidasari, Raja Bersiong, Gerak Kilat, Jiwa Remaja, Sayang Anakku Sayang, Jasmin, dan Ranjau Sepanjang Jalan. Beliau adalah penulis lirik untuk lagu Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan Azizah. Beliau juga adalah individu yang bertanggungjawab memperkenal dan seterusnya mempopularkan bintang baru yang kini merupakan seniwati tersohor negara- Uji Rashid ke layar perak pada 1975; melalui sentuhan emasnya pada filem warna pertama arahannya berjudul Permintaan Terakhir.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Pengarah Pelakon
1952 Miskin    
1953 Hati Iblis    
1959 Batu Belah Batu Bertangkup     Filem pertama arahan
Raja Laksamana Bentan    
1960 Isi Neraka     Menjadi Sultan Melaka sebelum Memeluk Islam
Lela Manja    
1961 Si Tanggang    
Sri Tanjung    
1962 Gerhana    
Lubalang Daik    
1963 Darah Muda    
Budi dan Dosa    
1964 Mambang Moden    
1965 Bidasari    
Dayang Senandong    
1966 Kacha Permata    
Gerak Kilat    
1967 Jebak Maut    
1968 Raja Bersiong    
Lain Jalan Ka-Shorga    
1975 Permintaan Terakhir    
Jiwa Remaja    
1976 Cinta dan Lagu    
Sayang Anakku Sayang    
1979 Dendang Perantau    
Tuan Badul    
1981 Jejak Bertapak    
1983 Ranjau Sepanjang Jalan    
1984 Jasmin    
1985 Sepi Itu Indah    
1989 Sumpahan Mahsuri    
1995 Kecil-Kecil Cili Api    
1998 Raja Melewar     Filem terakhir arahan

Kehidupan peribadiSunting

Beliau telah berkahwin dengan Rosnani Jamil dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arjunaidi (seorang kapten pesawat MAS), Anwardi (seorang pengarah filem dan usahawan), dan Asnadi (kini bermastautin di New Jersey, Amerika Syarikat). Seorang lagi Puan Murniati Jamil merupakan anak angkat beliau yang telah tinggal bersama mereka sejak kecil lagi.

KematianSunting

Beliau mula dimasukkan ke sebuah hospital pada 28 Ogos 2014 akibat angin ahmar. Setelah beberapa minggu dilaporkan koma, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Bukit Utama, Damansara pada 25 September 2014. Jenazah beliau dimandikan dan dikafankan selepas sesi solat jumaat di Masjid Al-Ghufran, Pengiran Taman Tun Dr. Ismail pada 26 September 2014. Seramai 200 jemaah turut serta menyempurnakan solat jenazah, termasuklah rakan rapatnya iaitu Erma Fatima, Aziz M. Osman, Bade Hj. Azmi, dan Harun Salim Bachik.[3] Seterusnya, jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Pahang.[2][4]

CatatanSunting

  1. ^ Beliau kali terakhir aktif melalui penghasilkan sebuah buku "Jamil Sulong: Warisan dan Wawasan" dan "Kaca Permata : Memoir Seorang Pengarang" yang diterbitkan DBP pada tahun 2008.

RujukanSunting

  1. ^ a b c Jamil Sulong: Warisan dan Wawasan. DBP. 2008. m/s. 387. ISBN 9789836297099. |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ a b "Datuk Jamil Sulong meninggal dunia". Utusan Malaysia. 25 September 2014. Dicapai pada 26 September 2014.
  3. ^ "Pengarah filem Ranjau Sepanjang Jalan, Datuk Jamil Sulong meninggal dunia". Astro Awani. 26 September 2014. Dicapai pada 26 September 2014.
  4. ^ "Datuk Jamil Sulong meninggal dunia". The Star. 25 September 2014. Dicapai pada 26 September 2014.

Pautan luarSunting