Jamil Osman

(Dilencongkan dari Jamil bin Osman)

Prof Dato' Wira Dr. Haji Jamil bin Haji Osman (lahir 5 Mac 1950) adalah Rektor dan CEO Kolej Universiti Insaniah, Kedah. Sebelum Insaniah beliau bekerja sebagai Timbalan Rektor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).


Haji Jamil bin Haji Osman

DIMP (Pahang); DPMK (Kedah); DGMK (Kedah)
جميل بن عثمان
Kelahiran
Jamil bin Osman

(1950-03-05) 5 Mac 1950 (umur 74)
KerakyatanMalaysia
PekerjaanCEO
Terkenal keranaRektor Insaniah
PasanganDatin Zuraidah Binti Ahmad Murad
Anak-anakIhsan Ramzul
Ahmad Muhaimin
Alia Hazwani
Irfan
AnugerahDato' Wira (2011), Dato (2005), Datuk (1998)
Laman web rasmiwww.insaniah.edu.my

Latar belakang sunting

Dilahirkan pada 5hb. March 1950 di Kepala Batas, Kedah Darul Aman.

Pendidikan sunting

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, Kedah selama lima tahun dan selama satu tahun di Sekolah Kebangsaan Padang Garong, Kota Baharu, Kelantan.

Pada tahun 1962, telah terpilih sebagai salah seorang pelajar terbaik seluruh negeri Kelantan dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan. Menuntut di sekolah tersebut selama enam tahun.

Pada tahun 1969, berjaya memasuki Institut Teknologi MARA (ITM) untuk mengikuti kursus Statistik selama empat tahun dan kemudian dihantar atas biasiswa MARDI untuk meneruskan pelajaran di bidang yang sama ke England selama dua tahun.

Sekembalinya dari England ditugaskan sebagai Pegawai Penyelidik di MARDI, Serdang selama satu tahun, kemudian ditugaskan pula sebagai Pensyarah ITM selama tujuh tahun. Dalam tempoh tersebut, ITM telah menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang ‘Applied Statistics’ di Western Michigan University, USA dari tahun 1979 hingga 1981.

Perkhidmatan sunting

Pada tahun 1983, apabila Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan, telah ditawarkan sebagai tenaga pengajar di UIAM. Sebagai salah seorang pengasas Kulliyyah Ekonomi UIAM, telah dilantik sebagai Timbalan Dekan Kulliyyah Ekonomi UIAM yang pertama pada tahun 1983 hingga 1985.

Sekali lagi pada tahun 1985 hingga 1988 telah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Ekonomi Pengurusan di Rensselaer Polytechnic Institute (RPI), New York.

Sekembalinya dari Amerika Syarikat telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi yang pertama. Kemudian sebagai Timbalan Dekan Kulliyyah Ekonomi (Akademik). Pada tahun 1983, telah dilantik sebagai Dekan Bahagian Kemasukan dan Rekod pertama selama 10 tahun. Seterusnya dilantik sebagai Timbalan Rektor UIAM (Akademik) dari tahun 1999 hingga 2003 untuk menggantikan Allahyarham Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim. Pada Julai tahun 2006, sekali lagi ditugaskan untuk mengambil alih jawatan Dekan Kulliyyah Ekonomi dan Pengurusan, UIAM dalam membantu Kulliyyah tersebut untuk menjadi salah sebuah Kulliyyah yang cemerlang di dunia.

Anugerah diterima sunting

  • D.G.M.K (Kedah) 2011[1]
  • D.P.M.K (Kedah) 2005
  • D.I.M.P (Pahang) 1998

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting