Jaminan 'Umar', atau al-ʿUhda al-ʿUmariyya (Arab: العهدة العمرية), ialah suatu jaminan yang dibuat oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab kepada rakyat Aelia, iaitu nama Rumi bagi Baitulmaqdis. Beberapa versi Jaminan ini wujud dengan pandangan berbeza tentang kesahihannya.[1]

Kepentingan Jaminan ini dibincangkan oleh sejarahwan Islam yang awal seperti al-Waqidi, al-Baladhuri, Ibn al-Athir dan Abu al-Fida’. Teks kandungannya juga termasuklah, ringkasan atau panjang, hasil karangan al-Ya'qubi, Eutychius, al-Tabari (salinan daripada Sayf ibn Umar), al-Himyari, Mujir al-Din al-Hanbali, dan Ibn al-Jawzi.[2]

Pendapatnya berbeza tentang kesahihan versi Jaminan tetapi tidak mempersoalkan yang Jaminan itu berlaku.[1] Banyak ahli sejarah mempersoalkan perjanjian versi simpanan Kristian dan mendebat bahawa dokumen tersebut diubah oleh karangan Kristian untuk menjaga kekuasaan mereka terhadap sesetengah tapak suci.[3][4] Sesetengah ahli sejarah mempertimbangkan versi al-Tabari's lebih sahih.[5] Sebagai contoh, Moshe Gil yang membincangkan versi al-Tabari menyatakan bahawa "bahasa perjanjian dan perinciannya kelihatan sahih dan boleh dipakai dan bersesuaian dengan apa yang diketahui dengan Jerusalem pada masa itu."[6]

Latar Belakang sunting

Pada tahun 637 Masihi, tentera Islam sudah muncul di pinggir kota Baitulmaqdis. Ketika, yang berkuasa di Baitulmaqdis ialah Patriarch Sophronius, yang juga wakil Empayar Byzantine dan juga ketua Gereja Nasrani. Tatkala ramai tentera Islam di bawah pimpinan Khalid ibn al-Walid dan 'Amr ibn al-'As mula mengepung kota tersebut, Sophronius bersetuju untuk menyerahkan kota tetapi meletakkan syarat bahawa Umar sendiri harus hadir dan menerima penyerahan itu.

Mendengar syarat tersebut, Umar Al-Khattab pun bergerak meninggalkan Madinah menuju ke Baitulmaqdis. Selepas menerima penyerahan, Umar menggariskan jaminan yang diberikan olehnya kepada penduduk tempatan di bawah pemerintahan yang baharu iaitu pemerintahan Islam bersesuaian dengan apa yang digariskan dalam al-Quran, garis panduan yang pernah disaran Nabi Muhammad s.a.w. dan juga mengikut kesesuaian semasa.

Nota sunting

  1. ^ a b Abu-Munshar 2007, m/s. 88.
  2. ^ Abu-Munshar 2007, m/s. 89.
  3. ^ Morony, M. G. (2005). Hendrika Lena Murre-van den Berg; Theo Maarten Van Lint; Jan J. Ginkel (penyunting). Redefining Christian Identity: Cultural Interaction in the Middle East Since the Rise of Islam. Peeters Publishers. m/s. 22–23. ISBN 978-90-429-1418-6. Dicapai pada 19 January 2013.
  4. ^ ʻOded, Peri (2001). Christianity Under Islam in Jerusalem: The Question of the Holy Sites in Early Ottoman Times. BRILL. m/s. 128. ISBN 978-90-04-12042-6. Dicapai pada 19 January 2013.
  5. ^ Abu-Munshar 2007, m/s. 94.
  6. ^ Gil, Moshe (1997-02-27). A History of Palestine, 634-1099. Cambridge University Press. ISBN 9780521599849.

Rujukan sunting

  • Abu-Munshar, Maher Y. (2007-09-15). Islamic Jerusalem and its Christians: a history of tolerance and tensions. Tauris Academic Studies. ISBN 9781845113537.CS1 maint: ref=harv (link)

Bacaan Lanjut sunting