Datuk Haji Jamry Sury merupakan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak sejak 2004. Beliau juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP)yang berhubung secara langsung dengan Sultan Perak.

Konflik dengan kerajaan Pakatan Rakyat sunting

Pada 29 April 2008 , Jamry Sury diarahkan bertukar serta-merta oleh kerajaan campuran negeri Perak, pimpinan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin . Beliau didakwa tidak memberi kerjasama penuh sejak kerajaan Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008.

Arahan bertukar itu kemudiannya diidapati tidak mengikut Perlembagaan Negeri Perak kerana urusan pentadbiran agama Islam mestilah dimaklumkan kepada Sultan Perak terlebih dahulu. Arahan perpindahan itu dianggap menganiaya kerana tidak memberi peluang kepada pegawai kerajaan untuk membela diri. Notis bertukar hanya 24 jam dan melalui telefon sahaja. Beliau tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan .[1]

Mengikut sumber dalaman Jaipk perlantikan dan pertukaran Pengarah, Jabatan Agama Islam Perak adalah terletak di bawah Menteri Besar Perak yang dijalankan melalui Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Oleh kerana Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, memperuntukkan Pengarah, Jabatan Agama Islam sebagai Setiausaha Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak, maka di sinilah bermulanya kemelut ini. Datuk Jamry Sury telah mengadap Sultan Perak di Istana Kinta di Ipoh,Perak.

Selepas Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah menerima mengadap Mohammad Nizar di Istana Raja Muda Perak bagi mendapatkan penjelasan sebenar berhubung proses perpindahan itu, Sultan Perak mahu sebarang pelanggaran peraturan dan kesalahan pentadbiran oleh Jamry Sury dimaklumkan kepada sultan untuk tindakan selanjutnya demi keadilan . [2][3]

Datuk Seri Wan Fadzir Wan Hussain yang merupakan Orang Kaya Temenggung Paduka Raja, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar berpendapat segala urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu negeri Perak harus disembah maklum terlebih dahulu kepada Sultan Perak.[4]

Pembatalan oleh Sultan Perak ini memberi implikasi dan indikasi kepada lain-lain kes yang membabitkan struktur dan perjalanan pentadbiran agama Islam di setiap negeri di Malaysia . Kes yang hampir serupa ialah jawatan pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Campur tangan istana sunting

Karpal Singh selaku peguam dan ahli parlimen kawasan Bukit Gelugor membantah campur tangan Sultan Perak terhadap pertukaran pegawai kerajaan Perak ini. Berlandaskan kes di Mahkamah Persekutuan pada 1982, kakitangan awam termasuk Kerajaan Pusat boleh menukar, bila dan ke mana dan dalam apa juga kapasiti adalah kuasa kerajaan negeri. Sultan Azlan Shah dan Raja Dr Nazrin Shah adalah lulusan undang-undang dan memahami Perlembagaan Negeri Perak.

Residen JWW Birch dibunuh oleh penduduk negeri Perak kerana biadap terhadap adat resam Melayu.[5] Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin meminta agar pemimpin DAP itu tidak lupa akan sejarah Perak dan jadi seperti JWW Birch. Laporan polis telah dibuat agar Karpal Singh disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 atas tuduhan menghasut.[6]

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu gelaran datuk ditarik balik daripada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham . Hoo Kam meminta mana-mana pegawai kerajaan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan baru supaya meletakkan jawatan.

Presiden GPMS Datuk Reezal Naina Merican membidas politik biadap DAP yang mempersoalkan peranan dan fungsi Sultan Perak.[7]

Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkeliling ke seluruh Malaysia ketika berhadapan dengan Krisis Perlembagaan 1988 berhubung campur tangan pihak istana.

Rujukan sunting

  1. ^ Pengarah JAIP Diarah Bertukar Oleh Menteri Besar[pautan mati kekal]
  2. ^ Sultan Azlan Mahu Arahan Pertukaran Ditarik Balik[pautan mati kekal]
  3. ^ Teks Penuh Kenyataan Pejabat Sultan Perak[pautan mati kekal]
  4. ^ Setiap Tindakan Berkaitan Isu Agama Perlu Dimaklum Kepada Sultan[pautan mati kekal]
  5. ^ Pemimpin UMNO kesal Karpal, Koo Ham cabar titah Sultan Perak
  6. ^ "Pemuda Umno buat laporan polis berhubung kenyataan Karpal". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-08. Dicapai pada 2008-05-05.
  7. ^ GPMS Desak DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Perak[pautan mati kekal]