Jane Eyre /ˈɛər/ (awalnya diterbitkan dengan tajuk Jane Eyre: An Autobiography) ialah novel karya penulis England, Charlotte Brontë. Novel ini diterbitkan pada 16 Oktober 1847 oleh Smith, Elder & Co. di London, England, dengan nama pena "Currer Bell." Edisi pertama Amerika diterbitkan setahun kemudian oleh Harper & Brothers di New York.

Jane Eyre
Jane Eyre title page.jpg
Halaman tajuk edisi pertama
PengarangCharlotte Brontë
NegaraUnited Kingdom
BahasaInggeris
GenreCereka gotik, kritikan sosial, bildungsroman
PenerbitSmith, Elder, and Company
Tarikh penerbitan
16 Oktober 1847
Jenis mediaCetak
TeksJane Eyre at Wikisumber

Bergenre bildungsroman, Jane Eyre mengisahkan tentang emosi dan pengalaman dari seorang watak eponim, termasuk peralihannya menuju zaman dewasa, dan cintanya pada seorang bangsawan dari bandar cereka Thornfield Hall bernama Mr. Rochester.[1] Fokus novel ini ialah pengungkapan sensibiliti dan moral Jane, beserta semua peristiwa yang mewarnainya.[2] Jane Eyre juga memuatkqn unsur-unsur seperti kritikan sosial, diskriminasi kelas, seksualiti, dan proto-feminisme.[3]

Novel ini telah diadaptasi dalam sejumlah media popular, termasuk filem, televisyen, dan teater. Jane Eyre juga dikatakan menjadi pusat penafsiran dan penulisan bagi beberapa karya dalam sastera England dan Amerika Serikat, misalnya novel Wide Sargasso Sea.

RujukanSunting

  1. ^ Harold Bloom declared Eyre a "classic of Gothic and Victorian literature." Bloom, Harold (July 2007). "Charlotte Bronte's "Jane Eyre"". Midwest Book Review. Chelsea House Publishers: 245. |access-date= memerlukan |url= (bantuan)
  2. ^ Burt, Daniel S. (2008). The Literature 100: A Ranking of the Most Influential Novelists, Playwrights, and Poets of All Time. Infobase Publishing. ISBN 9781438127064.
  3. ^ A classic feminist discussion of Jane Eyre is the book The Madwoman in the Attic by Sandra Gilbert and Susan Gubar (Yale University Press, 1979) See also Martin, Robert B. Charlotte Brontë's Novels: The Accents of Persuasion. NY: Norton, 1966

Pautan luarSunting