Jang Won-young ( Hangul장원영  ; lahir 31 Ogos 2004), dikenali secara mononim sebagai Wonyoung, ialah seorang penyanyi dan model berasal dari Korea Selatan. Dia ialah ahli kumpulan Ive di bawah syarikat rakaman Starship Entertainment [1] dan juga bekas ahli kumpulan projek Iz*One selepas mendapat tempat pertama dalam rancangan televisyen realiti survival kumpulan gadis milik Mnet Produce 48 .

Jang Won-young
Jang pada 2022
Kelahiran (2004-08-31) 31 Ogos 2004 (umur 19)
Seoul, South Korea
Pekerjaan
  • Penyanyimodel
  • penyampai
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Tahun aktif2018–kini
Syarikat rakaman
Tandatangan

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Jang Won-young dilahirkan pada 31 Ogos 2004, di Ichon-dong, Yongsangu, Seoul . [2] Keluarganya terdiri daripada ibu, bapa dan seorang kakak. Semasa kecil, dia menghadiri akademi seruling, piano, biola dan renang, serta mengambil kelas tambahan matematik dan bahasa Inggeris. Dia mendapat perhatian dan dipilih oleh Starship Entertainment selepas menghadiri majlis graduasi sekolah menengah kakaknya. Dia memulakan latihan di Starship Entertainment selama 1 tahun 2 bulan sebelum menyertai Produce 48 .

Selepas memulakan aktiviti Iz*One, syarikat Off the Record mengumumkan Jang dan ibu bapanya berhasrat untuk beliau bersekolah di rumah pada April tahun 2019, dia berhenti daripada Sekolah Menengah Yonggang dan mengambil peperiksaan kelayakan. [3] Dia lulus dengan skor sempurna dalam bahasa Korea, Inggeris dan matematik. [4] Pada tahun 2020, dia memasuki Sekolah Seni Persembahan dengan jurusan muzik praktikal. 

Kerjaya sunting

2018–sekarang: Produce 48, Iz*One dan Ive sunting

 
Jang pada Oktober 2018

Dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2018, Jang mewakili Starship Entertainment bersama An Yu-jin dan Cho Ka-hyeon dalam rancangan televisyen realiti survival kumpulan gadis iaitu Produce 48 . Dia akhirnya menduduki tempat pertama dan memulakan kerjaya dengan Iz*One . [5] [6]

Album mini (EP) Korea sulung Iz*One Color*Iz telah dikeluarkan pada 29 Oktober 2018, di bawah label Off the Record, dengan "La Vie en Rose" sebagai single utamanya. [7] Kedua-dua EP dan single utama Iz*one menerima kejayaan komersial serta-merta, membolehkan kumpulan itu menerima anugerah New Artist of the Year di beberapa majlis anugerah, termasuk Golden Disc Awards dan Seoul Music Awards. [8] Single pertama Jepun kumpulan itu, "Suki to Iwasetai", telah dikeluarkan pada 6 Februari 2019, di bawah label EMI Records milik syarikat UMG. [9] Menerusi promosi debut Jepun kumpulan itu, Jang dipilih bersama ahli Jepun Sakura Miyawaki untuk menyertai persembahan kolaborasi antara Nogizaka46, Keyakizaka46 dan AKB48 di FNS Music Festival. [10]

Pada permulaan bulan September tahun 2019, Jang dipilih untuk menyertai pertunjukan fesyen Tokyo Girls Collection ke-29 Musim Gugur/Musim Sejuk 2019 yang diadakan di Saitama Super Arena, menandakan penampilan sulungnya di atas "runway" fesyen. [11] Dia muncul semula, pada tahun yang sama, di atas "runway" untuk Tokyo Girls Collection ke-29 Musim Gugur/Musim Sejuk 2019 yang diadakan di Kitakyushu . [12] Selepas pembubaran Iz*One pada 29 April 2021, Jang kembali menjadi pelatih di bawah Starship Entertainment bersama rakan sekumpulan dan rakan syarikat Yujin.

Pada September 2021, Jang diumumkan sebagai hos baharu untuk Music Bank bersama Sunghoon dari kumpulan Enhypen . [13] Dia juga dipilih sebagai hos untuk Asia Artist Awards 2021 pada 2 Disember bersama Leeteuk . [14] Pada 4 November 2021, Starship Entertainment mendedahkan Jang sebagai salah seorang daripada enam ahli dalam kumpulan gadis baharu mereka Ive . [15] [16]

Pada 1 Disember 2021, Ive mengeluarkan single sulung mereka, Eleven, yang mengandungi lagu single dengan nama yang sama. [17] Pada 5 April 2022, Ive mengeluarkan single ke-2 mereka, Love Dive yang turut mengandungi lagu single Royal. [18]

Pengendorsan sunting

Semasa tempoh pelatihnya di Starship Entertainment awal tahun 2018, Jang telah dipilih sebagai model dalam video muzik yang ditaja oleh Pepsi KOREA yang dinamakan "LOVE IT LIVE IT", bersama YDPP dan Park Sun.[perlu rujukan]

Di samping aktivitinya dalam Iz*One, Jang muncul sebagai model promosi untuk muka depan pelbagai majalah, termasuk Beauty Plus, Vogue Korea dan Elle Korea untuk pelbagai produk jenama kecantikan di Korea Selatan seperti Dior, Miu Miu dan Laura Mercier. [19] [20] [21] Dia juga muncul dalam majalah GQ Korea Isu Julai 2020. [22] Dalam majalah Elle Korea Isu Februari 2021, Jang tampil sebagai model dan gadis muka depan untuk koleksi Miu Miu Pre Spring 2021 bersama Kim Min-ju . Dia disenaraikan sebagai ikon Korea untuk Miu Miu bersama Im Yoon-ah semasa Minggu Fesyen Musim Luruh/Musim Sejuk 2021. [23] Pada tahun 2021, Jang dipilih sebagai model dalam video muzik "ZERO:ATTITUDE", yang ditaja oleh Pepsi di bawah nama Iz*One untuk Kempen K-Pop Pepsi 2021. Kempen itu didedahkan oleh agensi induknya Starship Entertainment sebagai kerjasama antara Iz*One dan Soyou, menampilkan pH-1 . [24] [25]

Selepas pembubaran Iz*One, Jang muncul dalam beberapa filem fesyen iaitu Chaumet's Joséphine Collection dan Miu Miu's Maritime. [26] [27] Pada 27 Julai 2021, Amorepacific Corporation mengumumkan bahawa Jang telah dipilih sebagai duta global jenama kosmetik semula jadinya Innisfree . [28] [29] [30] Pada Oktober 2021, Jang secara rasmi diumumkan sebagai muse baharu Kirsh.  Dia mewakili Kirsh sebagai model pilihan jenama untuk koleksi musim sejuk 2021 dan koleksi SS 2022. [31] [32] Dalam majalah Harper's Bazaar Korea Isu Disember 2021, sebagai gadis muka depan dan model promosi, Jang secara rasmi diumumkan sebagai duta jenama Miu Miu. [33] [34] [35] Berikutan pengumuman itu, dia muncul di muka depan Majalah Y April 2022 Isu Jil.5 bagi mewakili koleksi Miu Miu Spring 2022 Ready-to-wear dan Bvlgari Divas' Dream. [36] Pada 20 Mei 2022, Jang secara rasmi diumumkan sebagai model terbaharu untuk SK Telecom . [37]

Diskografi sunting

Kredit komposisi sunting

Semua kredit lagu diadaptasi daripada pangkalan data Korea Music Copyright Association melainkan dinyatakan sebaliknya. [38]

Senarai lagu, menunjukkan tahun dikeluarkan,
nama artis, dan nama album
Tajuk Tahun Artis Album Nota
"Dreamlike" 2020 Iz*One Bloom*Iz sebagai Penulis Lirik
"With*One" Oneiric Diary

Filemografi sunting

Rancangan televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota Ref.
2018 Produce 48 Peserta Mendapat tempat pertama [5] [6]

Pengacaraan sunting

Tahun Tajuk Nota Ruj.
2021–kini Music Bank bersama Sunghoon [13]
2021 Asia Artist Awards tahun 2021 bersama Leeteuk [39]
2021 KBS Song Festival bersama Arin, Soobin dan Sunghoon [40]

Penampilan video muzik sunting

Tahun Tajuk lagu Artis Ref.
2018 "Love it Live it" YDPP, Park Sun [41]
2021 "Zero:Attitude" Soyou x Iz*One (feat. pH-1 ) [24] [25]

Anugerah dan pencalonan sunting

Nama majlis anugerah, tahun penyampaian, kategori, penama anugerah, dan keputusan pencalonan
Majlis anugerah tahun kategori Penama / Kerja Hasilnya Ruj.
KBS Entertainment Awards 2021 Anugerah Pasangan Terbaik (bersama Park Sung-hoon ) Music Bank Menang [42]
Anugerah Rookie dalam Kategori Rancangan/Pelbagai Tercalon [43]

Nota sunting

  1. ^ a b As a member of Iz*One only.

Rujukan sunting

  1. ^ Jin, Min-kyung (November 2, 2021). "스타쉽, 新 6인조 걸그룹 아이브(IVE) 론칭..팀 로고·SNS 오픈 [공식]". OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai pada November 2, 2021 – melalui Naver.
  2. ^ "아이즈원 장원영 : 네이버 통합검색". m.search.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 29, 2021.
  3. ^ "아이즈원 장원영 13일 검정고시 응시...'음중' 불참". 스타투데이 (dalam bahasa Korea). April 12, 2019. Dicapai pada May 29, 2021.
  4. ^ "장원영, 국영수 만점 받은 똑순이.."원래 꿈은 변호사"(아는 형님)". 매일경제 (dalam bahasa Korea). May 4, 2019. Dicapai pada May 29, 2021.
  5. ^ a b "Announcing The TOP 12 Of "Produce 48" – IZ*ONE". Soompi (dalam bahasa Inggeris). August 31, 2018. Dicapai pada May 29, 2021.
  6. ^ a b OSEN (August 31, 2018). "'프로듀스48' 장원영·사쿠라에 이채연까지..12人 반전의 최종순위[종합]". mosen.mt.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 29, 2021.
  7. ^ ""역시 아이즈원"...하루만에 역대 걸그룹 데뷔앨범 초동 신기록 달성". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 29, 2021.
  8. ^ "'최고의 루키' 아이즈원, 신인상 5관왕 쾌거..."모두 위즈원의 사랑 덕분"". iMBC 연예 (dalam bahasa Korea). January 24, 2019. Dicapai pada May 29, 2021.
  9. ^ "IZ*ONE、日本デビューショーケースが大盛況!「世界の方に愛されるIZ*ONEでいたい」(M-ON!Press(エムオンプレス)) - ..." archive.ph. February 3, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-03. Dicapai pada May 29, 2021.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  10. ^ "IZ*ONE + AKB48 + 46S team up for New Song! - 48/46 J-POP & Showbiz News". jshowbiz.com. Dicapai pada May 29, 2021.
  11. ^ "IZ*ONEチャン・ウォニョン、ランウェイデビュー 圧巻スタイルで沸かす<TGC2019A/W> - モデルプレス". モデルプレス - ライフスタイル・ファッションエンタメニュース (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada May 29, 2021.
  12. ^ "IZ*ONEチャン・ウォニョン、ポニーテール×個性派ルックでキュートに魅了<TGC北九州2019> - モデルプレス". モデルプレス - ライフスタイル・ファッションエンタメニュース (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada May 29, 2021.
  13. ^ a b Lee Min-ji (September 27, 2021). "엔하이픈 성훈X아이즈원 출신 장원영 '뮤직뱅크' MC 발탁 "8일 첫방송"(공식)" [Enhypen Sunghoon X Iz*One former Jang Won-young 'Music Bank' MC selection "First broadcast on the 8th" (official)]. Newsen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada September 27, 2021 – melalui Naver.
  14. ^ 기자, 문완식. "이특-장원영, '2021 AAA' MC 확정..12월 2일 韓개최[공식]". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2021-10-12.
  15. ^ "'아이즈원 센터' 장원영, 아이브 합류..완성형 만능캐". 스타뉴스 (dalam bahasa Korea). 2021-11-05. Dicapai pada 2021-11-08.
  16. ^ 이태수 (2021-11-02). "장원영·안유진 출격?…6인조 걸그룹 아이브 나온다". 연합뉴스 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2021-11-08.
  17. ^ "아이브(IVE), 오늘(3일) '뮤뱅' 첫 데뷔 무대". sports.donga.com (dalam bahasa Korea). 2021-12-03. Dicapai pada 2022-03-12.
  18. ^ "[CELEB] IVE becomes monster rookie group with 'Love Dive' single". koreajoongangdaily.joins.com/ (dalam bahasa Inggeris). 2022-04-17.
  19. ^ "아이즈원 장원영, 뷰티매거진 1월호 커버걸...'독보적 러블리 페이스'". 스타투데이 (dalam bahasa Korea). December 26, 2018. Dicapai pada June 3, 2021.
  20. ^ 수정: 2021.01.14 17:10, 입력: 2021 01 14 17:04 (January 14, 2021). "[화보]아이즈원 김민주 "나 자신에게 질 수 없어"". sports.khan.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 3, 2021.
  21. ^ "[화보IS] 아이즈원 장원영, 러블리한 첫사랑 비주얼". isplus.live.joins.com (dalam bahasa Korea). June 3, 2021. Dicapai pada June 3, 2021.
  22. ^ "아이즈원(IZONE) 장원영, 해맑은 미소 담긴 화보 공개". m.stardailynews.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 29, 2021.
  23. ^ ELLE (April 11, 2021). "팬데믹 시대에도 쇼는 계속된다 2021 가을/겨울 패션위크 | 엘르코리아 (ELLE KOREA)". ELLE (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 29, 2021.
  24. ^ a b "소유X아이즈원XpH-1, 'ZERO:ATTITUDE'로 국내외 차트 점령". 톱데일리 (dalam bahasa Korea). February 16, 2021. Dicapai pada May 29, 2021.
  25. ^ a b StarNews (February 15, 2021). "소유·아이즈원·pH-1, 오늘(15일) 신곡 'ZERO:ATTITUDE' 발매 [공식]". 스타뉴스 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 29, 2021.
  26. ^ "장원영, CG 같은 인형 비주얼…묘하게 빠져드는 눈빛". sports.hankooki.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada August 5, 2021.
  27. ^ Hwang, Hye-young (July 1, 2021). "장원영과 함께한 미우미우 세일러 클럽". Vogue Korea (dalam bahasa Korea). Dicapai pada August 5, 2021.
  28. ^ OSEN (July 27, 2021). "장원영, 화장품 브랜드 광고 모델 발탁.."자연스러운 아름다움"". mosen.mt.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada August 1, 2021.
  29. ^ Lee, Ju-won (July 27, 2021). "이니스프리, 브랜드 글로벌 모델로 장원영 선정". AP신문 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada August 1, 2021.
  30. ^ "innisfree Selects Jang Won-young as Global Brand Ambassador | Amorepacific". www.apgroup.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-07.
  31. ^ 어패럴뉴스. "키르시, 가수 '장원영' 브랜드 모델로 발탁". www.apparelnews.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2021-10-12.
  32. ^ "키르시, 장원영과 함께한 2022 SS 룩북 공개". m.anewsa.com. 2022-02-21. Dicapai pada 2022-03-12.
  33. ^ 기자, 김원겸. "아이브 원영 "견뎌내고 생각하는 습관 생겨"[화보]". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2021-11-15.
  34. ^ 기자, 윤상근. "IVE 원영 "어색하면 침묵 깨려고 분위기 주도하는 편"[화보]". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2021-11-15.
  35. ^ 최나영. "원영, 바비인형의 환생 "빨리 성인 되고 싶다가도.." [화보]". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2021-11-15.
  36. ^ "아이브 원영 "뿌듯하면서도 자랑스러운 한 해 됐으면"[화보]". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-03-30.
  37. ^ Seong Jeong-eun (May 20, 2022). "아이브 장원영, SK텔레콤 모델 발탁..."MZ세대 대표 아이콘"" [Ive Jang Won-young, selected as SK Telecom model..."MZ generation representative icon"]. Maeil Business Newspaper (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 20, 2022.
  38. ^ "Songs Registered Under JANG WON-YOUNG (10023242)". Korea Music Copyright Association (dalam bahasa Korea). Dicapai pada September 5, 2021.
  39. ^ "[Red Carpet] 2021 AAA 'MC 장원영-이특' 레드카펫-포토월 (2021 Asia Artist Awards 아시아 아티스트 어워즈)". STARNEWS KOREA. 2021-12-20. Dicapai pada February 18, 2022.
  40. ^ "Backstage Interview - ENHYPEN, TOMORROW X TOGETHER (2021 KBS Song Festival) I KBS WORLD TV 211217". KBS WORLD TV. 2021-12-17. Dicapai pada December 23, 2021.
  41. ^ "장원영, 런닝맨에서 "키 171cm 스트레스!"". 기호일보 (dalam bahasa Korea). July 27, 2020. Dicapai pada June 3, 2021.
  42. ^ "[2021 KBS 연예대상] 장원영 성훈·이휘재 이현주, 베스트커플상" [[2021 KBS Entertainment Awards] Jang Won-young, Sunghoon; Lee Hwi-jae, Lee Hyun-joo, Best Couple Award] (dalam bahasa Korea). Maeil Kyungje. December 25, 2021. Dicapai pada December 25, 2021.
  43. ^ Lee Seung-rok (December 25, 2021). "라비·홍성흔 가족, 생애 단 한번뿐인 신인상 쾌거 [KBS연예대상]" [Ravi and Hong Seong-heon's family, a once-in-a-lifetime Rookie of the Year award [KBS Entertainment Awards]] (dalam bahasa Korea). My Daily. Dicapai pada December 26, 2021 – melalui Naver.

Pautan luar sunting

Templat:Ive