Jangan Benci Cintaku

Jangan Benci Cintaku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Zahirah MacWilson, Saharul Ridzwan dan Niena Baharun.[4] Diadaptasi dari novel 2013 dengan tajuk yang sama karya Emy Roberto terbitan Idea Kreatif. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 29 Jun 2018 hingga 7 Ogos 2018 menggantikan Halalkan Hati Yang Ku Curi. Drama ini mencapai penarafan sebanyak 12 juta penonton, iaitu jumlah tontonan paling tertinggi di belakang 7 Hari Mencintaiku, Andainya Takdir 2 dan Teratai Kemboja.[5][6]

Jangan Benci Cintaku
Genre
Berdasarkan daripada
Jangan Benci Cintaku
karya Emy Roberto
PenciptaEmy Roberto[1][2][3]
Ditulis olehFarhana Fauri
PengarahMohd. Fazli Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Sampai Bila" oleh Misha Omar
Lagu penutup"Sampai Bila" oleh Misha Omar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitDatuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd Yusof
Lokasi
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal29 Jun 2018 – 7 Ogos 2018
Kronologi
MengikutiHalalkan Hati Yang Ku Curi
Diikuti olehCinta Bukan Kristal

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[7]

SinopsisSunting

Perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya. Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Rafeeqa berjanji pada diri akan merebut cinta suaminya semula. Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Pelakon kanak-kanakSunting

  • Ainin Batrisya sebagai Latisha

Runut bunyiSunting

SambutanSunting

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR PENARAFAN TERTINGGI JUMLAH TONTONAN ATAS TALIAN SUMBER
N/A N/A
4.5 juta
12 juta
5 juta
[5][8][9]

RujukanSunting

  1. ^ Nur Shahirah Osman (1 Ogos 2018). Penulis drama Jangan Benci Cintaku di TV3 doktor, berasal dari Sarawak Sarawak Voice. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  2. ^ Norashikin Danieh (1 Ogos 2018). Doktor di sebalik Jangan Benci Cintaku Berita Harian. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  3. ^ Penulis Jangan Benci Cintaku rupanya doktor Harian Metro (1 Ogos 2018). Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  4. ^ Drama Jangan Benci Cintaku (TV3) My Infotaip (28 Jun 2018). Dicapai pada 28 Jun 2018.
  5. ^ a b Feride Hikmet Atak (9 Ogos 2018). Jangan Benci Cintaku raih 12 juta tontonan Berita Harian. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  6. ^ Ardini Sophia Sina (9 Ogos 2018). Jangan Benci Cintaku cetus fenomena Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  7. ^ Jangan Benci Cintaku (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  8. ^ Zaidi Che (24 Disember 2018). 5 Drama Melayu Paling Popular 2018 - Teka Drama Yang Mengalahkan Nur Stail.my. Dicapai pada 24 Disember 2018.
  9. ^ Budiey (22 Disember 2018). Senarai Top 5 Drama Melayu TV3 Tahun 2018 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Disember 2018.

Pautan luarSunting

: Slot Akasia, Setiap Isnin - Jumaat , 7:00 petang
Sebelumnya Jangan Benci Cintaku Berikutnya
Halalkan Hati Yang Ku Curi Cinta Bukan Kristal