Janice Doreen Dickinson (lahir 15 Februari 1955) merupakan seoarang peragawati Amerika Syarikat,[3] jurugambar fesyen, pelakon, penulis dan ejen mencari bakat. Beliau telah membuka sebuah agensi peragaan, Janice Dickinson Modeling Agency, selepas menjadi juri untuk empat musim America's Next Top Model.

Janice Dickinson
Janice Dickinson head.jpeg
Kelahiran
Janice Doreen Dickinson

(1955-02-15) 15 Februari 1955 (umur 65) [1]
Tahun aktif1970-an-kini
Ketinggian5 ft 10 in (1.78 m)[2]
Laman sesawanghttp://www.lovejanice.com/blog/

Kehidupan awalSunting

Janice Dickinson dilahirkan di Brooklyn, New York.[1][4] Beliau berdarah separuh Poland dan dibesarkan di Hollywood, Florida. Ayahnya dilaporkan seorang yang kasar dan kejam, ibunya pula seorang penagih dadah.[4]

Pada awal 1970-an, Dickinson berpindah ke New York City dan memulakan kerjaya sebagai peragawati.[4]

KerjayaSunting

Keinginan mendalam Dickinson untuk menjadi peragawati membuatkannya ke Paris.[4] Memiliki wajah yang eksotik memudahkannya untuk mengejar impiannya untuk menarik perhatian industri permodelan di Eropah.[4]

Dickinson kembali ke New York pada tahun 1978.[4] Beliau kemudiannya menghabiskan masa dengan bekerja disamping berpesta, serta dilaporkan berhubungan dengan beberapa selebriti seperti John Belushi, Andy Warhol dan Truman Capote.[4]

Pada 1980-an, Dickinson muncul di beberapa majalah terkenal seperti Harper’s Bazaar, Vogue dan Playboy. Beliau juga bekerjasama dengan beberapa pihak terkenal seperti Giorgio Armani, Gianni Versace dan Calvin Klein.[4]

TelevisyenSunting

Kehidupan PeribadiSunting

Dickinson pernah berkahwin sebanyak tiga kali dengan Ron Levy, Alan B. Gersten, dan Simon Fields. Menerusi perkongsian hidup dengan Simon Fields, mereka dikurniakan seorang anak, Nathan Fields (lahir 5 Mei 1987). Manakala anak perempuan beliau, Savannah Dickinson (lahir 23 Februari 1994), anak beliau bersama bekas teman lelakinya, Michael Birnbaum. Ujian paterniti yang dijalankan menunjukkan Savannah adalah anak kepada Birnbaum dan bukannya Sylvester Stallone seperti yang disangka oleh Janice. Di dalam buku dan temubualnya, beliau menyatakan beberapa hubungan seksual bersama beberapa orang selebriti lelaki dan juga perempuan. [5]

Beliau pernah bercinta bersama Warren Beatty, Sylvester Stallone, Jack Nicholson,[6] Liam Neeson,[6], Sir Mick Jagger[6] Dolph Lundgren, Grace Jones, Kelly LeBrock, dan Bruce Willis.[7] In an interview on The Howard Stern Show in 2007, Dickinson claimed to have had sex with over 1,000 men.[8]

Dickinson telah menceritakan mengenai tekanan emosi dan fizikal yang telah dialaminya semasa kanak-kanak,[3][9][10] dan bagaimana bapanya melakukan penderaan seksual keatas kakaknya.


RujukanSunting

  1. ^ a b "Celebrity Bios: Janice Dickinson". Us Weekly. Dicapai pada 2008-10-09. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam: |publisher= (bantuan)
  2. ^ "Profile of fashion model Janice Dickinson". Dicapai pada 2008-07-15.
  3. ^ a b "GLENN BECK. Encore Presentation: Behind the Cover Girl: Getting Real with Janice Dickinson". CNN. 2007-01-10. Dicapai pada 2008-08-06.
  4. ^ a b c d e f g h "Janice Dickinson biography". AskMen.com. 2008-09-18. Dicapai pada 2008-01-15.
  5. ^ Drew MacKenzie. "Dickinson, on the covers - and under them". Daily News. Parameter |accessyear= yang tidak diketahui diendahkan (|access-date= dicadangkan) (bantuan); Parameter |accessmonthday= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  6. ^ a b c Janice Dickinson - Dickinson: 'Neeson Has The World'S Biggest Penis'
  7. ^ Gemma Calvert. "Jungle Janice: I'm a CeLESBrity!". News of the World. Parameter |accessyear= yang tidak diketahui diendahkan (|access-date= dicadangkan) (bantuan); Parameter |accessmonthday= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  8. ^ The Howard Stern Show, Howard TV on demand, access date April 2, 2007.
  9. ^ "Dickinson: 'I Was Fired from Tyra Banks' Show'". www.hollywood.com. 2005-09-20. Diarkib daripada yang asal pada 2013-01-03. Dicapai pada 2008-08-06.
  10. ^ "Supermodel Janice Dickinson May Have Facilitated Father's Death". starpulse.com. 2006-09-26. Dicapai pada 2008-08-06.

Pautan LuarSunting