Janji Diana
Janji Diana ialah sebuah filem aksi romantik Malaysia 2003 arahan pengarah yang terkenal dengan jolokan Six-Million Dollar Man, Dato' Yusof Haslam. Filem yang dibintangi aktor berkaliber, Rosyam Nor, Erra Fazira, Faizal Hussein dan Erma Fatima ini menceritakan tentang perhubungan cinta antara gadis tomboy dan jejaka yang terluka akibat perlakuan bekas kekasihnya. Filem ini ditayangkan pada 24 Julai 2003.
Janji Diana | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Dato' Yusof Haslam |
Penerbit | Dato' Yusof Haslam |
Dibintangi oleh | |
Syarikat penerbitan | |
Mula ditayangkan | 24 Julai 2003 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Perbelanjaan | RM 1.3 Juta |
SinopsisSunting
Diana (Erra Fazira) seorang gadis bermasalah yang menyalahkan bapanya diatas kematian ibunya dan memusuhi ibu tirinya. Dia juga mempunyai masalah mempercayai lelaki sehingga dia bertemu dengan Haikal (Rosyam Nor) seorang jejaka yang tidak percaya pada perempuan setelah mendapati bahawa tunangnya sendiri berlaku curang terhadapnya. Sebaiknya mereka berdua hamper saling mempercayai diri masing-masing, Sabrina (Sarimah) bekas tunang Haikal muncul semula dalam hidup Haikal mencuba memisahkan mereka berdua.
PelakonSunting
- Rosyam Nor sebagai Haikal
- Erra Fazira sebagai Diana
- Faizal Hussein sebagai Ijoy
- Sarimah Ibrahim sebagai Sabrina
- Elly Mazlein sebagai Etty
- Erma Fatima sebagai Anita
- Fazley Yaakob sebagai Kamal
- Shukery Hashim sebagai Murad
- Intan Sarafina sebagai Zetty
- Marissa Yasmin sebagai Lisa
- Zack Kool sebagai Joe
- Lando Zawawi sebagai Lando
- Zul Handy Black sebagai Zack
- Dian P. Ramlee sebagai Ibu
- Helmi Gimmick sebagai Salleh