Jaringan Rakyat Tertindas

Jaringan Rakyat Tertindas atau ringkasnya 'Jerit' merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar [1] di Malaysia. Mereka menggabungkan warga pekerja, ahli-ahli kesatuan di industri perkilangan dan masyarakat-masyarakat tertindas untuk memperjuangkan hak mereka. Penyelaras Jerit ialah S, Arutchelvan, setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia(PSM).

Kempen Basikal Jerit sunting

Pada 3 Disember 2008, Jerit melancarkan kempen berbasikal ke seluruh negara untuk menuntut perubahan. Mereka berkayuh basikal selama 16 hari sempena cuti penggal persekolahan di Malaysia. Penyelaras Jerit ialah S, Arutchelvan yang pernah bertanding DUN Semenyih dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008.

Timbalan Ketua Polis Negara, Ismail Omar menyatakan polis akan menyiasat dalang atau penaja kempen berbasikal yang bertemakan ‘Rakyat Pengayuh Perubahan’ itu. Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menganjurkan perarakan tanpa permit tersebut, walaupun mereka merupakan ahli politik. Terdapat elemen yang melanggar undang-undang negara kita kerana terdapat perhimpunan, perjumpaan dan perarakan tanpa permit[2] Ada kemungkinan aktiviti mereka tanpa kebenaran ibu bapa.

Pada 7 Disember 2008, lapan basikal peserta ekspedisi ini telah dibakar ketika peserta sedang tidur jam 3.00 pagi di di Kompleks Yayasan Aman, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mereka berkayuh basikal dari Kedah ke Parlimen di Kuala Lumpur. Seramai 65 orang peserta singgah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sebelum ke Parlimen . Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Salleh Mat Rasid menasihatkan penganjur membatalkan program itu kerana faktor keselamatan.[3]

Pada 9 Disember 2008, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Pemangku Supritendan Abdul Ghafar Mohamad menahan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar dan 45 aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) di Kuala Kangsar berhampiran berhampiran Plaza Tol Kuala Kangsar kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Polis juga mengarahkan sebuah bas sekolah ke Balai Polis Kuala Kangsar sejauh kira-kira 15 kilometer untuk memudahkan soal siasat . Mereka disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Jika sabit kesalahan , boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.[4]

Pada hari Ahad, 15 Disember 2008, polis dari Balai Polis Kajang membenarkan 28 penunggang basikal berusia 16-18 tahun, untuk meneruskan kayuhan kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan" dari Johor ke Kuala Lumpur.

Kumpulan kedua seramai 63 penunggang basikal dari Utara, ditahan di satu sekatan jalan raya di pekan Rawang pada kira-kira jam 5 petang.Kesemua penunggang basikal itu dibawa ke Balai Polis Rawang untuk memberi kenyataan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nie dan ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar berada di Balai Polis Rawang untuk memberikan bantuan.

Kumpulan dari Ladang Dunedin, Semenyih menuju ke Ladang Bangi Lama pada kira-kira jam 9.30 pagi pada 15 Disember 2008. Polis menahan mereka di Ladang Bangi Lama pada kira-kira jam 11.30 pagi.Sebuah van polis mengekori penunggang basikal berkenaan sepanjang jalan dari Johor, manakala 14 kenderaan polis "mengiringi" mereka apabila mereka tiba di Semenyih.Jerit telah menghantar beberapa peguam ke Ladang Bangi Lama.

Memorandum sunting

Mereka merancang menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen. Harapan mereka agar kekurangan makanan, masalah alam sekitar, mengenai undang-undang yang kejam dan krisis ekonomi semasa diselesaikan segera. Jerit menuduh pihak polis mengganggu mereka dan mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) .[5]

Kempen Mari Berkhemah sunting

Pada 14 Ogos 2010, Majlis 'Mari Berkhemah' yang diterajui Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) itu diadakan bagi membela nasib kira-kira 500 keluarga yang didakwa dipindahkan ke situ secara tergesa-gesa apabila Putrajaya dan Cyberjaya dibangunkan untuk dijadikan pusat pentadbiran baru. Malangnya, penduduk mendakwa rumah pangsa yang mereka duduki sekarang ini mengalami retakan struktur yang teruk dan berlakunya hakisan bawah tanah. Sehubungan dengan bantahan itu, beberapa kanopi besar kira-kira 700 meter daripada kawasan perumahan mereka didirikan bagi mereka berteduh malam tersebut. Selain itu katanya, mereka juga akan mengutip tandatangan - di atas sebuah kain rentang - daripada orang ramai bagi menyatakan sokongan kepada penduduk.

Menurutnya lagi beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan hadir pada malam ini termasuk Presiden PSM Dr. Mohd Nasir Hashim dan ahli parlimen Sungai Siput YB Dr. Michael Jeyakumar Devaraj.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sinar Harian Ahad 14/12/2008.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Mohamad Sabu Minta Jerit Datang Ke KT, Edar Statistik Jenayah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-16. Dicapai pada 2008-12-15.
  3. ^ Lapan basikal program 'Rakyat Pengayuh Perubahan' dibakar
  4. ^ Ahli Parlimen Sungai Siput ditahan
  5. ^ Polis benar 28 pengayuh Jerit teruskan perjalanan