Buka menu utama

Cikgu Jasmin (lahir di Kuala Lumpur, 25 Mei 1972; umur 47 tahun) ialah guru kelas Aman di Tadika Mesra yang berkhidmat semenjak sebelum hari pertama Upin & Ipin sekawan bersekolah, hinggalah episod "Terima Kasih Cikgu!", yang mana dia terpaksa meninggalkan tadika untuk menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur dan dia digantikan oleh Cikgu Melati.

Jasmin binti Hanif
Watak Upin & Ipin
Disuarakan oleh Jasmin Ally
Informasi
Nama panggilanJasmin
GelaranCikgu Jasmin
SpesiesManusia
JantinaPerempuan
PekerjaanGuru Tadika Mesra (dahulu)
AgamaIslam
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

RupaSunting

Cikgu Jasmin biasanya memakai baju kebaya putih kebiruan dan sanggul tudung putih berbunga biru kabur-kabur. Dia selalu memakai solekan ke kelas, paling ketara sekali pada celah bulu kening dan mata serta pipi.

PerwatakanSunting

Cikgu Jasmin dikenali dengan pembawaannya yang ramah mesra dengan murid-murid. Walaupun begitu, sebagai guru, dia bertindak tegas demi mendisiplinkan murid-murid dan pernah bertempik apabila kelas menjadi terlalu kecoh.