Dato' Haji Jasmin Mohamed ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu daripada parti BN-UMNO yang juga merupakan bekas ADUN Sungai Dua, Pulau Pinang dari 1995, 1999, 2004 dan 2008. Namanya hampir digugurkan pada 2008 dan diganti oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Zulkiflee Yahya, tetapi tidak menjadi.[1].

Dato' Haji

Jasmin Mohamed
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Sungai Dua
Dalam jawatan
1995–2013
Digantikan oleh Muhamad Yusoff Mohd Noor
Majoriti535 (2008)
Butiran peribadi
Parti politik

Pilihan raya sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 , Jasmin Mohamed menang dengan majoriti 742 undi di kawasan DUN N05 Sungai Dua , parlimen Tasek Gelugor, negeri Pulau Pinang.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 ,pengundi Melayu di Sungai Dua seramai 85.1% Cina: 13% dan India: 1.6% . Jasmin Mohamed mendapat 7,183 undi dan menewaskan Soid Mohd. Amin (PAS) 4,631. Jasmin mendapat majoriti 2,552 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 , Datuk Jasmin Mohamed (BN) mendapat 6,421 undi, menewaskan Mohd. Salleh Man (PAS) yang mendapat 5,886 undi. Jasmin menang dengan majoriti 535 undi.[2]

Keluar dewan sunting

Pada 28 Julai 2010, seramai lapan Adun pembangkang keluar dewan iaitu ADUN Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya; Datuk Arif Shah Omar Shah (Seberang Jaya), Datuk Jahara Hamid (Teluk Air Tawar), Datuk Jasmin Mohamed (Sungai Dua), Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal), Datuk Mahmud Zakaria (Sungai Aceh), Shabudin Yahaya (Permatang Berangan) dan Zabariah Wahab (Bertam).Sementara Muhammad Farid Saad (Pulau Betong) dan Syed Amerruddin Syed Ahmad (Bayan Lepas) tidak hadir. Pemulauan terhadap Timbalan Speaker, Tan Hock Leong bermula ketika Azhar Ibrahim (Penaga) membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2010 pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Sidang DUN Ke-12. [3]


Rujukan sunting