Jason Bourne (/brn/) ialah watak cereka dicipta oleh penulis novel Robert Ludlum. Bourne ialah protagonis dalam satu siri novel dan adaptasi filem berikutnya. Dia pertama kali muncul dalam novel The Bourne Identity (1980), yang telah diadaptasikan untuk televisyen pada tahun 1988. Novel ini diadaptasi menjadi filem cereka dengan tajuk sama pada tahun 2002 dan dibintangi oleh Matt Damon dalam peranan utama.

Jason Bourne
Kemunculan pertama
  • Novel: The Bourne Identity
  • Filem: The Bourne Identity
Dicipta oleh Robert Ludlum
Dilakonkan oleh
Informasi
Gelaran
  • David Webb (nama sebenar)[1]
  • Delta One
  • Kane/John Michael Kane
  • Nicolas Lemanissier
  • Charles Briggs
  • George P. Washburn
  • Foma Kiniaev
  • Mr. Cruet
  • Paul Kay
  • Adam Stone
SpesiesManusia
JantinaLelaki
PekerjaanAgensi Perisikan Pusat
Pegawai Perkhidmatan Luar Negara
Force Reconnaissance
Delta Force
Pasangan
  • Dao Webb (meninggal dunia)
  • Marie St. Jacques (bermula dengan Supremacy)
  • (meninggal sebelum Betrayal)
Anak
  • Jamie Webb
  • Alison Webb
  • Joshua Webb (dikenali sebagai Khan dalam The Bourne Legacy)
  • Alyssa Webb (meninggal dunia)
KewarganegaraanAmerika

Watak ini pada mulanya dipaparkan dalam tiga novel oleh Ludlum, yang dikeluarkan antara 1980 dan 1990, diikuti oleh sebelas novel yang ditulis oleh Eric Van Lustbader sejak 2004. Bersama filem cereka pertama, Jason Bourne juga muncul dalam tiga filem susulan The Bourne Supremacy (2004), The Bourne Ultimatum (2007), dan Jason Bourne (2016), dengan Damon sekali lagi dalam peranan utama. Jeremy Renner berlakon dalam filem keempat francais ini, The Bourne Legacy, dikeluarkan pada Ogos 2012.[2] Damon menyatakan dalam wawancara bahawa beliau tidak akan membuat satu lagi filem Bourne tanpa Paul Greengrass, yang telah mengarahkan filem kedua dan ketiga.[3] Greengrass bersetuju untuk mengarahkan Damon dalam siri kelima dalam francais tersebut. Greengrass bersama menulis skrip dengan penyunting Christopher Rouse.

Rujukan sunting

  1. ^ "The Bourne Identity by Robert Ludlum". patrickburleson.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-19. Dicapai pada March 12, 2016.
  2. ^ "Exclusive Matt Damon Interview". totalfilm.com. November 12, 2009. m/s. 6. Dicapai pada November 22, 2009.
  3. ^ Sperling, Nicole (December 4, 2009). "Matt Damon on 'Bourne 4': 'I wouldn't do it without Paul Greengrass'". Entertainment Weekly. Dicapai pada December 5, 2009.