Jata Antillen Belanda

Jata negara Antillen Belanda mempunyai sebuah perisai, mahkota dan moto. Perisai tersebut mengandungi 5 bintang biru diatas latarbelakang yang berwarna emas, didalam garisan sempadan yang berwarna merah. 5 bintang yang tertera membawa maksud kepada 5 buah pulau yang ada di Antillen Belanda dan juga terdapat pada bendera. Mahkota yang berada diatas perisai membawa makna ia dibawah pemerintahan monarki Belanda. Riben yang berada dibawah perisai dengan tetera moto:Libertate Vnanimvs atau Libertate Unanimus (mengguna huruf v latin, yang membawa bunyi u).

Jata terkini, diambil pada 1 Januari, 1986, pada hari yang sama Aruba mendapat kemerdekaan dari Antillen Belanda. Jata semasa telah menggantikan versi yang sebelum ini, yang digunakan sejak 23 Oktober, 1964, yang mengadungi 6 bintang (termasuk Aruba).