Jata Armenia
Lambang atau Jata Armenia mengandungi helang dan singa yang menjadi penyokong atau pembawa perisai. Jata ini menggabungkan unsur-unsur baru dan lama simbol. Penggunaan helang dan singa adalah dari simbol Armenia lama, yang bermula dari awal penubuhan negara Armenia yang wujud sebelum Isa.
Penggunaan jata semasa sekarang, diambil dan digunakan pada 19 April, 1992 dengan keputusan oleh Sidang Tertinggi Armenia, kemudianya diluluskan oleh Parlimen Armenia.
MaksudSunting
PerisaiSunting
Terdapat beberapa isi didalam perisai yang berada dipegang oleh helang dan singa. Isi perisai mempunyai 5 unsur iaitu Gunung Ararat bersama dengan Bahtera Nuh tersadai di atas gunung, terletak di tengah perisai. Mengikut tradisi, bahtera tersebut tersadai bila banjir besar yang berlaku ketika itu habis. Gunung ini juga merupakan simbol kepada Armenia, dan menjadikan satu kepentingan utama untuk jata ini.2 Helang bersemuka,terletak di bawah kiri perisai, memberitahu kekuatan Armenia ketika kejayaan pemerintahan Artaxiad yang memerintah pada kurun pertama sebelum masihi.Singa bersama salib, terletak di atas kiri perisai, merupakan lambang kepada Bagratuni, iaitu sebuah kerajaan yang berjaya semasa zaman pertengahan, iaitu pada kurun ke-7 dan ke-11. Dibawah pemerintahan Bagrunti, Ani di Turki, menjadi pusat pemerintahan, kebudayaan dan perdagangan.[1] Bagratuni telah hancur ditewaskan oleh empayar Byzantine dan empayar Seljuk Turk pada kurun ke-11 selepas mashihi. Helang kepala dua,terletak disebelah atas kanan perisai, merupakan lambang kepada kerajaan kristian Armenia, dimana ketuanya iaitu Titidates ketiga mengisytiharkan Armenia merupakan negara kristian dalam tahun 301 selepas masihi. Kejayaan pemerintahan Arsacid dari kurun pertama hingga ke- 428 selepas masihi. Disebelah bawah kanan perisai, lambang Singa bersama salib menggambarkan kejayaan pemerintahan Rubenid dari kerajaan Cilicia di Armenia. Kerajaan ini berkembang semasa kurun ke-12 dan ke-13 selepas masihi, sehingga Mamluk dan Ottoman menguasainya.
Helang dan SingaSunting
Haiwan ini merupakan pembawa dan penyokong perisai yang berada disebelahan jata, helang berada disebelah kanan perisai membawa maksud kejayaan dinasti Artaxiad, dan kemudian diguna sebagai simbol dinasti Arsacid. Manakala, singa disebelah kiri perisai, membawa maksud kerajaan Bagratuni dan kemudian digunakan oleh dinasti Rubenid.
Selain itu, kedua-dua haiwan ini melambangkan dan membawa maksud kekuatan, kekuasaan, kesabaran, kebijaksanaan dan kemulian didalam kalangan antara haiwan-haiwan dimuka bumi.
5 isi lainSunting
Lima unsur ini terletak dibahagian bawah perisai, helang dan singa. Unsur-unsur berikut membawa maksud:
- Pedang melambangkan kuasa dan keutuhan negara, yang memecah rantaian kebelengguan.
- Rantai pecah membawa maksud kejayaan dan usaha dalam untuk capai kebebasan dan kemerdekaan negara.
- Pokok gandum bermaksud usaha keras rakyat Armenia.
- Bulu pelepah bermaksud kebijaksanaan dan warisan kebudyaan rakyat Armenia.[2]
- Riben melambangkan warna bendera Armenia.
SejarahSunting
Jata Soviet Armenia 1936 - 1991.
Jata Republik Demokratik ArmeniaSunting
Jata negara Armenia semasa ada mempunyai kesamaan dengan jata Republik Demokratik Armenia (DRA) pada tahun 1918. Dalam tahun tersebut, lidah helang dan singa kelihatan terjulur keluar, agar tampak lebih perkasa. Juga didalam perisai tidak kelihatan bahtera Nuh diatas Gunung Ararat. Didalam versi ini, kelihatan bukit Ararat disebelah kiri Gunung Ararat dan warna latar belakang adalah biru, bukan kuning (versi baru). Pereka lukis jata ini ialah Alexander Tamanian, seorang ahli kumpulan dari Akademi Seni Halus Rusia. Hasil nurkilan yang terkenal Alexander adalah pelan bandar Yeravan. Dan, pelukis jata ini ialah Hakob Kojoyan.
Jata Kaukasus Selatan (SFSR)Sunting
Dalam tahun 1922, dimana Armenia diletakkan bersama-sama Georgia dan Azerbaijan sebagai sebuah kawasan Kaukasus Selatan. Jata ini digunakan oleh kerajaan Caucasus Selatan. Ia mencampurkan rekabentuk jata dari penduduk-penduduk dari tiga negara tersebut. Didalam jata ini, terdapat unsur seni keislamanan dan komunis. Ukiran bintang yang berada dijata merupakan satu elemen dari jata lama Georgia (1918-1921) dan digunakan semula pada 1991-2004; bulan sabit pula digunakan sebagai melambangkan keislaman, yakni agama yang dianuti oleh orang Azeri, dan Gunung Ararat pula digunakan sebagai lambang kepada Armenia.
Jata SovietSunting
Dalam tahun 1937, jata soviet ini digunakan untuk Armenia masih mengekalkan Gunung Ararat bersama lambang sabit dan tukul dan bintang merah dibelakangnya. Kemasukkan Gunung Ararat menjadi bantahan dari Turki sebab gunung tersebut juga sebahagian dari kawasannya. Kremlin tegas menjawab, walaupun simbol orang Turki adalah bulan sabit, nyata ia bukanlah boleh dikatakan milik sepenuhnya kepada bulan. [3] Apabila Kesatuan Rusia berpecah dalam tahun 1991 dan Armenia terus menjadi satu republik bebas, dan mengantikan jata (sekarang) serta menjadikan ia jata negara sejak dari tahun 1992.
RujukanSunting
- ^ http://www.crwflags.com/fotw/flags/am).html Armeni: Jata negara
- ^ http://www.armenica.org/armenia/gerb.html ,Bendera dan Jata Armenia, dicapai pada 23-7-2007
- ^ Louis, Victor and Jennifer. The Complete Guide to the Soviet Union. New York, 1976. p. 98
Pautan luarSunting
- Jata negara Armenia di Bendera-bendera di Dunia (Inggeris)
- Evolusi Bendera dan jata Armenia (Inggeris)
- Armenica.org - Nilai perwakilan dan maklumat mengenai Armenia (jata dan bendera) (Inggeris)
- Jata negara Republik Armenia - Laman rasmi (Inggeris)
- Atlas of Conflicts: Contoh jata dan lambang Armenia Lama (Inggeris)