Bendera dan jata Kedah
Laman Ini Mengenai Bendera dan Jata Kedah sahaja.
Kegunaan | Bendera negeri |
---|---|
Nisbah | 1:2 |
Diterima pakai | 1912 |
Rekaan | Latar warna merah dengan simbol Padi Kuning + Anak Bulan sabit Hijau + Perisai Kuning di kanton bendera. |
Jata Negeri Kedah | |
---|---|
Butiran | |
Gencana | Anak Bulan. |
Jabaran | Perisai Kuning. |
Penopang/ penyokong | Padi Kuning. |
Cogan kata | Negeri Kedah. |
sunting · sunting di Wikidata |
Bendera Negeri Kedah
sunting- Anak bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning yang tanda negeri ini beragama Islam, dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah.
- Merah adalah warna tradisional negeri Kedah yang turun-temurun dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam.
- Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.
- Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan.
Bendera terdahulu
suntingKetika awal abad ke-18, bendera Kedah hanya berupakan bendera merah sepenuhnya. Pada awal abad ke-19, sebuah bendera baharu diguna pakai. Bendera itu gambaran menampilkan seekor harimau berwarna kuning berlatarbelakangkan warna merah seperti bendera sebelumnya. Gambaran bendera itu memperlihatkan harimau seolah-olah menerkam sesuatu, dan oleh itu, digelar sebagai bendera "harimau terkam" serta "harimau melompat". Bendera ini digunakan hingga bendera terkini mula digunakan pada awal abad ke-20.
Bendera Bandar dan Daerah
suntingBendera Zaman Dulu
sunting-
Bendera Kedah sebelum tahun 1912.
-
Bendera Kedah sebelum tahun 1821.
Jata Negeri Kedah
suntingJambangan yang terdiri daripada lengkaran biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri – beras. Anak bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai melambangkan kekuasaan pemerintah. Perisai pula melambangkan kekuasaan.