Lambang Thailand

(Dilencongkan dari Jata Thailand)

Lambang Negara Thai (Bahasa Thai: ตราแผ่นดินของไทย) atau juga dikenali sebagai Phra Khrut Pha (พระครุฑพ่าห์ "Garuda Tunggangan") terdiri daripada seekor burung mitos yang berbadan dan berkepala manusia dan mempunyai kepak dan kuku burung helang. Ia lambang kebangsaan Thai dan oleh itu dipamerkan dan diperlakukan dengan cara yang hormat. Hanya perniagaan-perniagaan besar dan berpengaruh diberi izin oleh kerajaan Thai untuk mempamerkan lambang Phya-Khrut di hadapan bangunan mereka.

Burung Geroda ini telah digunakan dengan secara rasmi oleh Raja Vajiravudh (Rama VI) pada tahun 1911.

Perlambangan sunting

Burung Garuda merupakan haiwan tunggangan (wahana) dewa Wisnu[1] sehingga dijadikan orang setianya sepertimana yang diceritakan dalam hikayat Mahabharata;[2]:37-38[3] ia juga diceritakan terkenal kerana kekuatannya yang luar biasa.[2]:25 Wisnu dipercayai sebagai antara jelmaan atau "awatara" Narayana yang turut termasuk Rama; maka pengaitan wahana ini dengan dewa Wisnu mendorong kepada penggunaan bayangan Garuda sebagai perlambangan kuasa diraja Raja Thailand.[2]:52

Pemilihan burung ini mula muncul dalam perekaan mohor diraja atas cadangan titah Raja Chulalongkorn kepada Putera Narisara Nuwattiwong, di mana putera tersebut mula melakarkan suatu mohor berdasarkan rekaan sedia ada dari zaman Ayutthaya.[2]:52[4][5] Ia diterima baginda raja setelah beberapa olahan dilakukan dari maklum balas titah baginda.

 
 
Lakaran awal Putera Naris tahun 1893 menampilkan Garuda mengepakkan sayapnya ditunggang Narayana.
Versi mutakhir diterima Raja Chulalongkorn
dengan Garuda sahaja.

Raja Vajiravudh merasmikan mohor ini sebagai satu-satunya lambang takhtanya pada tahun 1910 lagi-lagi dengan suatu Akta Mohor Negara yang termaktub dilaksanakan setahun kemudian.[2]:53[6]

Spesifikasi sunting

Jata ini mempunyai pelbagai butiran yang sedikit berbeza mengikut pengunaan:

 
 
 
 
Pada dokumen, Warta Diraja Kerajaan Thai dan pasport.
Pada dokumen bertulis
surat rasmi dan geran tanah.
Pada dokumen perintah mahkamah.
Pada wang kertas baht.

Rujukan sunting

  1. ^ M. K. Agarwal (2003). The Vedic Core of Human History. m/s. 235. ISBN 9781491715949. Dicapai pada 11 June 2012.
  2. ^ a b c d e Pejabat Setiausaha Kekal, Pejabat Perdana Menteri Thailand (2000). ครุฑ (Khrut) : Garuḍa. Thailand: Amarin Printing and Publishing Public Company, Ltd. ISBN 9747774445.
  3. ^ www.mahabharataonline.com. "Story of Garuda - Part 3". Stories from Mahabharata. Dicapai pada 27 May 2012.
  4. ^ Ratchathon, Phraya Anuman (1950). พระราชลัญจกรและตราประจำตัวประจำตำแหน่ง : Chronicle of Royal Emblems and Positional Seals of Thailand (Thai) (dalam bahasa Thai). Bangkok: Phra Chan Printing Press. m/s. 2–14.
  5. ^ Hubert de Vries. "Thailand, Part 2". www.hubert-herald.nl. Dicapai pada 11 June 2012.
  6. ^ Kerajaan Thailand (5 November 1911). "พระราชบัญญัติพระราชลัญจกร รัตนโกสินทรศก ๑๓๐" (PDF) (dalam bahasa Thai). www.ratchakitcha.soc.go.th. Dicapai pada 14 Jun 2012.