Jata negara Portugal

Jata negara Portugal diperkenalkan secara rasmi bersama-sama bendera yang baharu pada 30 Jun 1911. Ia didasarkan suatu rekaan jata yang pernah dipakai sepanjang wujudnya Kerajaan Portugis sejak Abad Pertengahan.

Jata rasmi Portugal yang digunakan dalam urusan rasmi

Komponen sunting

Perisai kecil (escudo) sunting

Dalam perisai jata ini terdapat lima perisai kecil berwarna biru yang disusun dalam bentuk salib. Ada seberapa legenda yang menjelaskan maksud lima escudo ini:

  • Lima Luka Suci Yesus Kristus semasa beliau disalib, di mana bulatan-bulatan putih dikatakan melambangkan kepingan perak yang diatwarkan kepada Yudas Iskariot untuk mengkhianati Yesus dengan memberitahu keberadaannya kepada para pegawai Romawi yang ingin memberkasnya
  • lima luka dialami Afonso I dalam Pertempuran Ourique,
  • lima raja Moor yang dikalahkan olehnya dalam pertempuran itu.

Bulatan-bulatan putih ini dalam perisai difikirkan melambangkan kedaulatan raja-raja Portugis melalui mengeluarkan wang mereka sendiri. Ada juga teori yang mengatakan bulatan tersebut merupakan paku yang melekatkan sisa kepingan kulit biru yang menghiasi perisai Afonso I seterusnya menjadi simbol kerajaan ditubuhkan baginda.

Perisai ini disempadani baris berwarna merah yang dihiasi istana kecil (castelos).

Sfera armilar (esfera armilar) sunting

Alat ini digunakan untuk mengira jarak semasa pelayaran oleh bala tentera dan peneroka Portugis semasa Zaman Penemuan serta luasnya empayar diwarisi mereka lalu menjadi tanda kegemilangan Portugal yang kekal sepanjang zaman meskipun sudah menjadi republik.

Kedua-dua komponen utama ini dikelilingi suatu lingkarang daun dafnah diikat bersama-sama dua helai kain hijau dan merah.

See also sunting