Javi Martínez

Spanish footballer

Javier "Javi" Martínez Aginaga (Sebutan Sepanyol: [ˈxaβi marˈtineθ aɣiˈnaɣa]; lahir 2 September 1988) merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang kini bermain untuk FC Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Sepanyol.

Javi Martínez
Maklumat peribadi
Nama penuh Javier Martínez Aginaga[1]
Tarikh lahir (1988-09-02) 2 September 1988 (umur 35)
Tempat lahir Estella, Sepanyol
Ketinggian 1.90 m (6 ka 3 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah / Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayern Munich
Nombor 8
Kerjaya remaja
1993–1995 Berceo
1995–1997 Logroñés
1997–2000 CD Arenas
2000 Izarra
2001–2005 Osasuna
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2006 Osasuna B 32 (3)
2006–2012 Athletic Bilbao 201 (22)
2012– Bayern Munich 45 (3)
Pasukan kebangsaan
2005 Sepanyol B17 5 (0)
2006–2007 Sepanyol B19 5 (0)
2007–2011 Spain U21 24 (1)
2012 Sepanyol B23 4 (1)
2010– Sepanyol 18 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14 Ogos 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 Jun 2014 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Athletic Bilbao sunting

 
Javi Martínez (jersi merah putih) bermain untuk Athletic Bilbao.

Martínez menandatangani Athletic Bilbao pada usia 17 tahun dengan bayaran sebanyak 6 juta pada musim panas 2006.

Martínez membuat dua hantaran ketika menentang Deportivo de La Coruña pada 16 Disember 2006, 2-0.[3] Beliau menghabiskan kempen liga debutnya dengan 35 perlawanan dan menjaringkan tiga gol. Beliau juga berjaya membantu Athletic ke perlawanan akhir Copa del Rey pada 2009.

Pada musim 2009-10, Martínez bermain 46 perlawanan liga dan menjaringkan sembilan gol. Pada musim 2011-12, di bawah pengurus baru Marcelo Bielsa, beliau digunakan untuk bermain di posisi pertahanan.

Bayern Munich sunting

Pada 29 Ogos 2012, beliau menandatangani kontarak lima tahun bersama FC Bayern Munich dengan bayaran sebanyak €40 juta.[4] Beliau menjadi pemain rekod perpindahan terbesar sejak 50 tahun di Bundesliga.[5]

Martínez membuat penampilan pertama pada 2 September iaitu pada hari ulang tahunnya yang ke-24, menentang VfB Stuttgart, 6-1.[6] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern menentang Hannover 96 pada 24 November. Beliau menjaringkan gol melalui sepakan gunting, Bayern menang 5-0.[7]

Berikutan pasukannya menang 4-0 ke atas FC Barcelona pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA 2012-13 pada 23 April, beliau menjadi kunci utama tentang strategi tiki-taka ke atas rakan senegara, Xavi dan Andrés Iniesta;[8]

Martínez memulakan kempen 2013-14 dengan duduk di bangku simpanan di bawah pengurus baru, Pep Guardiola. Pada 30 Ogos 2013, pada perlawanan Piala Super UEFA menentang Chelsea, beliau berjaya menjaringkan gol pada lewat perlawanan dan berjaya mengheret ke masa tambahan dan Bayern menang melalui tendangan penalti.[9]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 20 Mei 2010, beliau termasuk dalam senarai 23 pemain Sepanyol yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan oleh pengurus Vicente del Bosque.[10] Pada 29 Mei, beliau membuat debut untuk Sepanyol pada perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi di Innsbruck, Sepanyol menang 3-2.

Martínez menggantikan Xabi Alonso yang tercedera pada minit ke-20 pada peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2010, menang 2-1 ke atas Chile pada 25 Jun.[11]

Martínez hanya bermain satu perlawanan pada UEFA Euro 2012 di mana Sepanyol menang. Beliau bermain ketika menentang Republik Ireland pada peringkat kumpulan, menang 4-0.[12]

Martínez termasuk dalam senarai akhir 23 pemain yang mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[13] Beliau bermain pada kejohanan itu ketika menentang Chile pada peringkat kumpulan menggantikan tempat Gerard Piqué dan tewas 2-0. Pasukan juara dunia itu tersingkir selepas dua kali kalah berturut-turut.[14]

Statistik sunting

Pasukan kebangsaan Sepanyol
Tahun Kmncln Gol
2010 3 0
2011 4 0
2012 2 0
2013 5 0
2014 4 0
Jumlah 18 0

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 17 Ogos 2014
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Athletic Bilbao 2006-07 35 3 0 0 35 3
2007-08 34 1 0 0 34 1
2008-09 32 5 6 1 38 6
2009-10 34 6 1 1 7 0 42 7
2010-11 35 4 2 0 37 4
2011-12 31 4 9 0 14 0 54 4
Jumlah 201 23 18 2 21 0 240 25
  Bayern Munich 2012-13 27 3 5 0 11 0 43 3
2013-14 18 0 5 0 8 0 31 0
2014-15 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 45 3 10 0 19 0 77 4
Jumlah kerjaya 246 26 28 2 40 0 314 31

Penghargaan sunting

 
Martínez bersama trofi Euro 2012.

Kelab sunting

Bayern Munich

Antarabangsa sunting

Sepanyol
Spain B21
Spain U19

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of players" (PDF). FIFA. 4 June 2010. m/s. 29. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-05-17. Dicapai pada 13 September 2013.
  2. ^ "Javier Martínez". FC Bayern Munich. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-27. Dicapai pada 20 September 2014.
  3. ^ "Angulo stunner sinks Zaragoza". UEFA.com. 16 December 2006. Dicapai pada 26 March 2014.
  4. ^ "Bayern's record signing Spain international Martinez: I'm very happy". FC Bayern Munich. 29 August 2012. Dicapai pada 29 August 2012.
  5. ^ "Javi Martinez joins Bayern Munich". ESPN Soccernet. 29 August 2012. Dicapai pada 29 August 2012.
  6. ^ "Bayern Munich 6–1 VfB Stuttgart". ESPN Soccernet. 2 September 2012. Dicapai pada 3 September 2012.
  7. ^ "Bayern hammer Hannover". ESPN Soccernet. 24 November 2012. Dicapai pada 24 November 2012.
  8. ^ Cox, Michael (23 April 2013). "Javi Martínez the key weapon as Bayern cut Barcelona down to size". The Guardian. Dicapai pada 18 May 2013.
  9. ^ "Bayern defeat Chelsea on penalties in Super Cup". UEFA.com. 30 August 2013. Dicapai pada 31 August 2013.
  10. ^ "Spain omit Marcos Senna from 2010 World Cup squad". BBC Sport. 20 May 2010. Dicapai pada 20 May 2010.
  11. ^ "Chile 1–2 Spain". BBC Sport. 25 June 2010. Dicapai pada 3 July 2012.
  12. ^ "Spain turn on style to eliminate Ireland". UEFA.com. 14 June 2012. Dicapai pada 3 July 2012.
  13. ^ "World Cup 2014: Spain drop Alvaro Negredo and Jesus Navas". BBC Sport. 31 May 2014. Dicapai pada 31 May 2014.
  14. ^ Ornstein, David (19 June 2014). "Spain 0–2 Chile". BBC Sport. Dicapai pada 21 June 2014.