Javier Aquino

Mexican footballer

Javier Ignacio Aquino Carmona (Sebutan Sepanyol: [xaˈβjeɾ aˈkino]; lahir 11 Februari 1990) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk kelab Sepanyol, Rayo Vallecano secara pinjaman dari kelab Villarreal CF. Beliau bermain di posisi sayap.

Javier Aquino
Javier Aquino Azul.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhJavier Ignacio Aquino Carmona[1]
Tarikh lahir (1990-02-11) 11 Februari 1990 (umur 30)
Tempat lahirOaxaca de Juárez, Mexico
Ketinggian1.67 m (5 ka ​5 1116 in)
Posisi permainanSayap
Maklumat kelab
Kelab terkiniRayo Vallecano (pinjaman dari Villarreal)
Nombor16
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2010–2013Cruz Azul78(7)
2013–Villarreal44(1)
2014–Rayo Vallecano (pinjaman)7(0)
Pasukan kebangsaan
2011–2012Mexico B2331(2)
2011–Mexico26(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 2 November 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 12 Oktober 2014

Kerjaya kelabSunting

Cruz AzulSunting

Pada 23 Julai 2010, Aquino membuat debut untuk Cruz Azul ketika kejohanan Apertura 2010 menentang Estudiantes Tecos, pasukannya menang 3-0. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 24 Oktober 2010 ketika hari ke-13 musim Apertura 2010 menentang Morelia, seri 1–1. Beliau kemudian menghabiskan masanya selama dua tahun di Cruz Azul, dengan 90 penampilan dan menjaringkan tujuh gol secara jumlahnya.

VillarrealSunting

Pada 28 Januari 2013, Aquino dilaporkan telah berpindah ke kelab Villareal CF di Sepanyol. Beliau membuat penampilan pertama untuk Villareal ketika menggantikan Moi Gómez pada minit ke-67 menentang Hércules CF, seri 1-1.[2]

Rayo Vallecano (pinjaman)Sunting

Pada 25 Ogos 2014, Villarreal mengumumkan bahawa Aquino telah dipijam oleh Rayo Vallecano untuk musim 2014–15.[3] Beliau membuat debut untuk pasukannya menentang Atlético Madrid pada 25 Ogos, pasukannya seri 0–0.

Kerjaya antarabangsaSunting

Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan Mexico pada 4 Julai 2011 menentang Chile dalam saingan Copa América 2011. Beliau kemudian bermain perlawanan peringkat kumpulan seterusnya.

RujukanSunting

  1. ^ name="ESPN FC">"Javier Aquino Carmona Bio, Stats, News – Football / Soccer – – ESPN FC".
  2. ^ http://villarrealcf.es/es/noticias/actualidad-villarreal-cf/item/1697-dos-puntos-que-se-escapan-en-el-rico-pérez-1-1
  3. ^ "Aquino agrees loan move to Rayo Vallecano". Goal.com. Dicapai pada 5 August 2014.