Buka menu utama

Javier Alejandro Mascherano (Sebutan Sepanyol: [mastʃeˈɾano], Sebutan Sepanyol: [maʰtʃeˈɾano]; lahir 8 Jun 1984) ialah pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain sebagai pemain tengah atau pertahanan untuk kelab Hebei China Fortune dan pasukan kebangsaan Argentina.[2][3][4][5]

Javier Mascherano
Mascherano casagob.jpg
Mascherano pada tahun 2014.
Maklumat peribadi
Nama penuhJavier Alejandro Mascherano
Tarikh lahir (1984-06-08) 8 Jun 1984 (umur 35)
Tempat lahirSan Lorenzo, Argentina
Ketinggian1.74 m (5 ka 8+12 in)[1]
Posisi permainanPemain tengah / Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniHebei China Fortune
Nombor14
Kerjaya remaja
River Plate
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2003–2005River Plate46(1)
2005–2006Corinthians26(0)
2006–2007West Ham United5(0)
2007–2010Liverpool94(1)
2010–2018Barcelona203(1)
2018–Hebei China Fortune48(0)
Pasukan kebangsaan
2003–2004Argentina B2022(1)
2004–2008Argentina B2318(0)
2003–2018Argentina147(3)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 14 Ogos 2019.
† Kemunculan (Gol).

Mascherano memulakan kariernya di River Plate. Dia memenangi trofi pertamanya pada musim 2003–04, memenangi Primera División Argentina. Dia berpindah ke kelab Brazil, Corinthians pada tahun 2005, memenangi Brazilian Série A dalam musim pertamanya. Mascherano berpindah ke Eropah, menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United. Walau bagaimanapun, pada permulaan tahun 2007, dia menyertai Liverpool secara pinjaman.

Dia merupakan naib juara Liga Juara-Juara UEFA semasa tempoh pinjamannya di Merseyside dan secara rasmi menyertai Liverpool pada bulan Februari 2008 dengan harga £18.7 juta. Selepas tiga tahun bermain untuk Liverpool, Mascherano menyertai FC Barcelona pada tahun 2010, bertukar posisinya daripada pemain tengah kepada pertahanan. Bersama Barcelona, dia memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara UEFA dua kali serta Piala Kelab Dunia FIFA sekali.

Mascherano telah membuat lebih daripada 100 penampilan untuk pasukan kebangsaan Argentina, menjadikannya pemain kedua terbanyak membuat penampilan untuk negara itu selepas Javier Zanetti. Dia telah mewakili negara itu dalam Copa América pada tahun 2004, 2007, 2011 dan 2015, Piala Dunia FIFA pada tahun 2006, 2010 dan 2014, dan Sukan Olimpik pada tahun 2004 dan 2008.

RujukanSunting

  1. ^ "Javier Mascherano profile". FC Barcelona. 24 March 2015. Dicapai 24 March 2015. 
  2. ^ "Capitán sin brazalete (captain without the armband)". totalbarca. Dicapai 2015-07-23. 
  3. ^ "Javier Mascherano proving to be Argentina's real leader". The Irish Times. Dicapai 2015-07-23. 
  4. ^ "Argentina's Javier Mascherano a leader without fuss". Tampa Bay Times. Dicapai 2015-07-23. 
  5. ^ "Javier Mascherano – the last great Argentine hero". backpagefootball. Dicapai 2015-07-23. 

Pautan luarSunting