Jawaka merupakan gabungan negeri Kelantan, Langkasuka dan Singgora. Jawaka juga disebut sebagai Javaka mengikut sebutan Barat.

PengasasanSunting

Setelah kematian Maharaja Srimat Trailokyaraja Mauli Bhusana Varma Deva Brahma yang memerintah Kerajaan Dharmasraya yang memerintah dari 1183 hingga 1233, wilayah-wilayah di Semenanjung membebaskan diri daripada Kerajaan Dharmasraya. Raja Surendra mewujudkan gabungan Jawaka di selatan Tambralinga yang turut membebaskan diri daripada Kerajaan Dharmasraya.

SejarahSunting

Pusat pentadbiran Jawaka terletak di Kelantan. Ketika pemerintahan Raja Sang Tawal, baginda memindahkan pusat pentadbiran ke Phattalung yang terletak berhampiran dengan Tambralinga berikutan berlakunya peperangan dengan Sukhothai.

Berdasarkan Yuan Shih, Maharaja Dinasti Yuan menghantar utusan kepada Raja Rama Khamheang untuk menghentikan pepetangan pada tahun 1294.

...when a Thai envoy appeared at the Monggol court, a Chinese mission when with him on his return beraring an imperial order (from the Yuan Chinese Emperor) to Rama Khamheang: "Keep your promise and do no evil to the Ma-li-yu-er (Malay)".

[1]

Pada tahun 1294, sempadan Petchburi-Ratchburi telah digunakan untuk memisahkan kedua-dua kerajaan tersebut.Namun, Raja Rama Khamheang telah menyerang Phattalung pada tahun 1295 mengakibatkan Raja Sang Tawal berundur ke Patani.

Sebuah angkatan yang terdiri daripada balu dan wanita telah diwujudkan oleh Arduja, puteri baginda telah turut serta dalam peperangan menentang Sukhothai dan berjaya memenggal kepala Raja Rama Khamheang. Peperangan antara Jawaka dengan Sukhothai telah membawa kepada kekalahan Jawaka pada tahun 1325 dan pengunduran Raja Sang Tawal ke Kelantan.

RajaSunting

Raja-raja Jawaka
Bil Raja
1 Raja Surendra 1233 - 1253
2 Raja Sakrantra 1253 - 1267
3 Raja Sang Tawal 1267 - 1339

RujukanSunting

  • Salasilah Raja-raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Penting oleh Nakula, 1981
  1. ^ Prof DGE Hall, A History of South East Asia, London Macmillian, 1955 Page 149.