Jawatankuasa Antara Agama

Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JPKA) ditubuhkan pada Februari 2010. JPKA bertanggungjawab kepada kabinet di mana Dato Seri Jamil Khir dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipertanggungjawabkan. Laporan akan dihantar kepada mereka sebagai Menteri dan kemudian dikemukakan kepada kabinet. Pengerusi pertamanya ialah Datuk Ilani Isahak dan kini ia dipengerusikan oleh Datuk Azman, Ketua Pengarah JPNIN.


Dengan visi "Ke Arah Malaysia Harmoni Dan Muhibah", JPKA mempunyai misi untuk menjadi mekanisme dialog dan mediasi bagi mewujudkan persefahaman dan keharmonian antara penganut agama ke arah membina Malaysia sebagai sebuah negara berjiwa muhibah. Ia tiada kaitan dengan "Jawatankuasa Antara Agama", "Inter-Religious Commisyen" atau "Interfaith Commisyen" (IFC) yang ditolak kerajaan dan pelbagai pihak sebelum ini.


Keahlian JPKA terdiri daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Mewakili pihak kerajaan ialah JPNIN (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional), JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia), INFAD-USIM (Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia), ISTAC-IIUM (Institute of Islamic Thought and Civilization). Manakala, mewakili pihak bukan kerajaan ialah Kumpulan Islam, iaitu ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGO's - 6 kerusi), Kumpulan Bukan Islam, iaitu MCCBCHST (Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois - 12 kerusi) dan Kumpulan Bebas, iaitu INSAF (Interfaith Spiritual Fellowship - 1 kerusi). Tiada ahli politik terlibat.


Untuk mencapai misi dan visi di atas, empat jawatankuasa kerja (JK) ditubuhkan, iaitu; 1) JK Persefahaman Terhadap Isu-Isu Antara Penganut Agama, 2) JK Aktiviti-Aktiviti Bersama, 3) JK Mediasi Antara Penganut Agama, 4) JK Acara Bersama Kerajaan Dan Pemimpin Masyarakat. JPKA dan jawantankuasa kerjanya berperanan mencapai matlamat penubuhannya melalui langkah-langkah berikut; i) Meningkatkan kefahaman terhadap pelbagai agama dan isu-isu yang boleh menggugat keharmonian agama dan ketenteraman masyarakat. ii). Mencadangkan kepada kerajaan dasar-dasar yang berteraskan nilai-nilai agama. iii) Melaksanakan secara bersama aktiviti kemasyarakatan.


Ahli JPKA bersetuju untuk berdialog mengenai isu-isu antara agama, termasuklah sekularisme, perkahwinan campuran, pertukaran agama, penjagaan anak dan seumpamanya serta tidak membawanya ke perbincangan awam yang akan lebih merumitkan suasana sebagai akibat salah faham, salah tafsiran atau manipulasi media. Ini bukan satu struktur undang-undang yang mempunyai kuasa eksekutif dan bukan juga struktur yang kaku. Ianya ialah rangka kerja untuk menyediakan interaksi bagi pertukaran idea. Semua pihak berhak menyatakan persetujuan dan ketidaksetujuan. Konsensus yang terhasil daripada dialog akan dikaji oleh pelbagai jabatan yang berkaitan melalui undang-undang dan peraturan sedia ada.

Mesyuarat 1 sunting

Pada 7 April 2010, mesyuarat pertama telah diadakan di Kuala Lumpur dipengerusikan oleh Datuk Ilani Isahak . Ia dihadiri oleh :

  1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional - Ketua Pengarah JPNIN Datuk Azman
  2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) - Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz
  3. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
  4. Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST)
  5. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO's / Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN)
  6. Pakar, sarjana dari ISTAC-IIUM dan INFAD-USIM
  7. Wakil dari Sabah dan Sarawak.

Bantahan sunting

Pada 12 April 2010, Jawatankuasa Fatwa Perak menyertai Perkasa membantah penunuhan Jawatankuasa Antara agama. Pengerusinya yang juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan perbincangan mengenai agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam. Ia bukan medium yang sesuai kerana dibimbangi akan wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain. Antara isu yang dibincangkan ialah pertukaran agama, penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah ibadat dan isu tanah perkuburan.

Perkasa meminta mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa , menyatakan pendirian. [1] Perkasa akn menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin bagi membantah Jawatankuasa Antara Agama untuk menyelesaikan pertikaian berkaitan agama diletakkan di bawah tanggungjawab Dr Koh kerana ia membabitkan soal agama Islam. [2]Agama Islam di bawah kuasa sultan.

Bantahan terhadap penubuhan jawatankuasa ini yang dipercayai berdasarkan kepercayaan ia bertujuan meneruskan agenda IFC. IFC bukan bertujuan untuk dialog, sebaliknya untuk mempertikaikan Islam dan meneruskan agenda sekularisme. Setelah dibincangkan kembali, maka pihak kerajaan dan bukan kerajaan bersetuju dengan kerangka baru JPKA seperti dinyatakan di atas.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting