Jawatankuasa Belia Negeri

Jawatankuasa Belia Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pembangunan masyarakat termasuk golongan belia terletak di bawah bidang kuasa bersama antara persekutuan dan negeri[1]

Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi membantu urusan pembangunan belia di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.

Senarai sunting

Berikut merupakan senarai jawatankuasa dan pengerusinya,

Bil Negeri Portfolio Pengerusi Parti politik Dilantik pada
Persekutuan Kementerian Belia dan Sukan Hannah Yeoh Tseow Suan PH (DAP) 2 Disember 2022[2]
1 Sarawak Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Abdul Karim Rahman Hamzah GPS (PBB) 30 Disember 2021[3]
2 Johor Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Mohd Hairi Mad Shah BN (UMNO) 26 Mac 2022[4]
3 Perak Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Khairudin Abu Hanipah BN (UMNO) 24 November 2022[5]
4 Perlis Jawatankuasa Belia dan Sukan Muhammad Azmir Azizan PN (PAS) 25 November 2022[6]
5 Pahang Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Fadzli Mohamad Kamal BN (UMNO) 14 Disember 2022[7]
6 Sabah Kementerian Belia dan Sukan Ellron Angin GRS (STAR) 11 Januari 2023[8]
7 Melaka Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan VP Shanmugam BN (MIC) 5 April 2023[9]
8 Terengganu Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Hishamuddin Abdul Karim PN (PAS) 16 Ogos 2023
9 Pulau Pinang Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Gooi Zi Sen PH (DAP) 16 Ogos 2023
10 Kedah Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup; Belia dan Sukan Muhamad Radhi Mat Din PN (PAS) 21 Ogos 2023[10]
11 Kelantan Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Zamakhshari Muhamad PN (PAS) 23 Ogos 2023[11]
12 Selangor Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Najwan Halimi PH (Keadilan) 23 Ogos 2023[12]
13 Negeri Sembilan Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Mustapha Nagoor BN (UMNO) 24 Ogos 2023[13]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.
  2. ^ "Kabinet: Anwar umum Zahid, Fadillah Timbalan PM [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-02. Dicapai pada 2023-08-11.
  3. ^ "Kabinet Abang Jo ada 10 menteri, 26 menteri muda". Malaysiakini. 2021-12-30. Dicapai pada 2023-08-11.
  4. ^ "Senarai portfolio Exco Johor". Harian Metro. 26 Mac 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  5. ^ IDRIS, SAYED HESHAM (2022-11-24). "Saarani umum senarai portfolio Exco Perak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
  6. ^ JAMALUDIN, SITI NURAZLINA (2022-11-25). "Perlis kecilkan saiz Exco". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-11.
  7. ^ "Portfolio EXCO Pahang diumum". Berita Harian. 14 Disember 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  8. ^ ROSLAN, SURAIDAH (2023-01-11). "Bung Moktar digugurkan, tiga menteri baharu dilantik, Shahelmey timbalan ketua menteri baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
  9. ^ "10 EXCO angkat sumpah, Kerajaan Perpaduan di Melaka". Berita Harian. 5 April 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  10. ^ AZIMI, MOHD RAFIE (2023-08-21). "10 ADUN Kedah selesai angkat sumpah Exco". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-21.
  11. ^ "MB Kelantan pegang lima portfolio Exco". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-08-23.
  12. ^ JAAFAR, NORAFIZA (2023-08-23). "Amirudin pegang lima, umum portfolio 10 Exco Selangor". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-23.
  13. ^ "Senarai penuh EXCO Negeri Sembilan, Aminuddin terajui 3 portfolio". Berita Harian. 24 Ogos 2023. Dicapai pada 24 Ogos 2023.