Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan kerajaan tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri[1].
Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi membantu urusan pihak berkuasa tempatan di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.
SenaraiSunting
Berikut merupakan senarai jawatankuasa berkaitan kerajaan tempatan dan pengerusinya,
Bil | Negeri | Portfolio | Pengerusi | Parti Politik |
---|---|---|---|---|
1 | Johor | Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan | YB Ayub Jamil | BN (UMNO) |
2 | Kedah | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan | YB Dato' Dr. Mohd Hayati Othman | PAS |
3 | Kelantan | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan | YB Dr. Haji Izani Husin | PAS |
4 | Melaka | Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar | YB Datuk Seri Haji Abdul Ghafar Atan | BN (UMNO) |
5 | Negeri Sembilan | Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan,
Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru |
YB Teo Kok Seong | DAP |
6 | Pahang | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan | YB Dato' Abd Rahim Muda | BN (UMNO) |
7 | Perak | Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan | YB Dato' Nolee Ashilin Dato' Mohammed Radzi | BERSATU |
8 | Perlis | Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan | YB Azizan Sulaiman | BN (UMNO) |
9 | Pulau Pinang | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan | YB Jagdeep Singh Deo | DAP |
10 | Sabah | Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan | YB Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Manjun | BERSATU |
11 | Sarawak | Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan | YB Dato Sri Dr Sim Kui Hian | GPS (SUPP) |
12 | Selangor | Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan | YB Ng Sze Han | DAP |
13 | Terengganu | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar | YB Dr. Alias Razak | PAS |
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.