Jawatankuasa Khas Bebas Darurat

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ialah sebuah jawatankuasa yang berperanan dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal-hal berkaitan kewujudan darurat besar di Malaysia akibat daripada pandemik COVID-19. Jawatankuasa ini ditubuhkan atas Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dan di bawah urus setia Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 9 Februari 2021.[1][2] Sebelum penubuhan jawatankuasa berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan telah menghantar surat kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menyerahkan senarai calon yang akan mengetuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat pada 14 Januari 2021.[3]

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat
Kerangka
Tujuanmenasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal berkaitan kewujudan darurat besar di Malaysia akibat dari pandemik COVID-19
Sejarah
Ditubuhkan9 Februari 2021 (2021-02-09)
Tokoh penting
Organisasi utamaKerajaan Malaysia
Lokasi
Ibu pejabatPutrajaya
Catatan kaki
 
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ahli sunting

Jawatankuasa ini mempunyai 19 ahli dari pelbagai latar belakang. Berikut merupakan senarai ahli:[4]

  1. Tun Arifin Zakaria, bekas Ketua Hakim Negara — Pengerusi
  2. Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Setiausaha Negara
  3. Tan Sri Norian Mai, bekas Ketua Polis Negara
  4. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia
  5. Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif, bekas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
  6. Tan Sri Dr. Yahya Awang, pakar bedah jantung
  7. Tan Sri Ter Leong Yap, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia
  8. Tan Sri Dr. R Palan, Pro Canselor Universiti Cyberjaya
  9. Datuk Sallehuddin Saidin, Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara
  10. Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis
  11. Prof. Datuk Dr. Andrew Kiyu Dawi Usop, pakar kesihatan awam
  12. Tan Sri Sukarti Wakiman, bekas Setiausaha Kerajaan Sabah,
  13. Tan Sri Noh Omar, ahli Parlimen
  14. Dato' Sri Rohani Abdul Karim, ahli Parlimen
  15. Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun, ahli Parlimen
  16. Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, ahli Parlimen
  17. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ahli Parlimen
  18. Anthony Loke Siew Fook, ahli Parlimen
  19. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, ahli Parlimen

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Kenyataan Media mengenai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021". Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia. 9 Februari 2021. Dicapai pada 14 Februari 2021.
  2. ^ Suhaimi, Fauzi (11 Februari 2021). "Jawatankuasa Khas Bebas Darurat mampu jalankan tanggungjawab secara bebas, adil - Irmohizam". Kuala Lumpur: Astro Awani. Dicapai pada 14 Februari 2021.
  3. ^ "Anwar Diminta Serah Nama Calon Jawatankuasa Bebas Darurat". Malaysiakini. Malaysia Today. 14 Januari 2021. Dicapai pada 14 Februari 2021.
  4. ^ Roslan, Suraya (9 Februari 2021). "Senarai 19 Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 diumumkan". Harian Metro. Dicapai pada 14 Februari 2021.