Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (atau NOC) ialah penyusun kebangsaan dari gerakan Olimpik seluruh dunia. Bergantung kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, mereka bertanggungjawab ke atas pengaturan peserta atlet dalam Sukan Olimpik. Mereka dapat mencalonkan bandar di negara mereka sebagai calon untuk Olimpik selanjutnya. NOC juga mempromosikan pembangunan atlet dan latihan pelatih dan pegawai pada peringkat kebangsaan di dalam negara mereka.

Pada tahun 2008, terdapat 205 NOC, mewakili negara berdaulat dan daerah geografi lain. Kesemua 192 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan, sepertimana 13 wilayah lain:

NOC ialah anggota dari Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (ANOC), yang juga dibahagikan menjadi lima persatuan benua:

Benua Persatuan NOC NOC Tertua NOC Terbaru
  Afrika
Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Afrika 53 Mesir (1910) Eritrea (1999)
  Amerika
Pertubuhan Sukan Seluruh Amerika 42 Amerika Syarikat (1894) Dominica (1993)
Saint Kitts dan Nevis (1993)
Saint Lucia (1993)
  Asia
Majlis Olimpik Asia 44 Jepun (1912) Timor-Leste (2003)
  Eropah
Jawatankuasa Olimpik Eropah 49 Perancis (1894) Montenegro (2007)
  Oceania
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Oceania 17 Australia (1895) Tuvalu (2007)

Lihat rencana untuk setiap persatuan benua untuk senarai lengkap semua NOC.

Senarai NOC mengikut tahun diiktiraf sunting

Berikut ialah senarai kronologi 205 NOC yang diiktirad Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, sejak ditubuhkan pada 1894. Kebanyakan jawatankuasa ini ditubuhkan bertahun-tahun sebelum diiktiraf secara rasmi, sementara banyak yang diterima terus setelah ditubuhkan. Bekas negara, kini tiada lagi (contohnya Kesatuan Soviet, Czechoslovakia, dll.), tidak disebutkan, kecuali negara-negara pemisahan mereka.

1894 Perancis, Amerika Syarikat
1895 Australia, Jerman, Yunani, Hungary
1900 Norway
1905 Denmark, United Kingdom
1906 Belgium
1907 Kanada, Finland
1909 Portugal
1910 Mesir
1911 Turki
1912 Austria, Jepun, Luxembourg, Belanda, Serbia[1], Sepanyol, Switzerland
1913 Sweden
1914 Romania
1915 Itali
1919 New Zealand, Poland
1922 Ireland
1923 Argentina, Mexico, Uruguay
1924 Bulgaria, Haiti
1927 India
1929 Filipina
1934 Chile
1935 Brazil, Iceland, Liechtenstein, Venezuela
1936 Afghanistan, Bermuda, Bolivia, Jamaica, Malta, Peru
1937 Sri Lanka (dahulu Ceylon)
1947 Guatemala, Iran, Myanmar (dahulu Burma), Panama, Korea Selatan (ditetapkan Korea oleh IOC)
1948 Colombia, Guyana (dahulu Guyana United Kingdom), Iraq, Lubnan, Pakistan, Puerto Rico, Singapura, Syria, Trinidad dan Tobago
1950 Antillen Belanda, Thailand
1951 Hong Kong, Nigeria
1952 Bahamas, Ghana (sebelumnya Pantai Emas), Indonesia, Israel
1953 Monaco
1954 Costa Rica, Cuba, Ethiopia, Malaysia (dahulu Malaya)
1955 Barbados, Fiji, Kenya, Liberia
1956 Honduras, Uganda
1957 Korea Utara, Tunisia
1959 Albania, Ecuador, Maghribi, Nicaragua, San Marino, Sudan, Suriname
1960 Cina Taipei (Cina (1932-1948), Cina (Formosa) (1952), Republik China (1956-1960, 1972-1976), Taiwan (1964-1968))
1962 Benin (dahulu Dahomey), Republik Dominican, El Salvador, Mongolia
1963 Cameroon, Côte d'Ivoire (dahulu Pantai Gading), Jordan, Libya, Mali, Nepal, Senegal
1964 Algeria, Chad, Madagaskar, Niger, Congo, Sierra Leone, Zambia
1965 Republik Afrika Tengah, Guinea, Arab Saudi, Togo
1966 Kuwait
1967 Belize (dahulu Honduras United Kingdom), Kepulauan Virgin
1968 Republik Demokratik Congo, Gabon, Malawi, Tanzania
1970 Paraguay
1972 Burkina Faso (dahulu Volta Hulu), Lesotho, Mauritius, Somalia, Swaziland
1974 Papua New Guinea
1975 Andorra
1976 Antigua dan Barbuda, Kepulauan Cayman, Gambia
1978 Cyprus
1979 Bahrain, Laos, Mauritania, Mozambique, Republik Rakyat China (ditubuhkan 1952), Seychelles, Vietnam
1980 Angola, Bangladesh, Botswana, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Zimbabwe
1981 Yaman
1982 Kepulauan Virgin British, Oman
1983 Bhutan, Samoa (dahulu Samoa Barat), Kepulauan Solomon
1984 Brunei, Djibouti, Guinea Khatulistiwa, Grenada, Rwanda, Tonga
1985 Maldives
1986 Aruba, Kepulauan Cook, Guam
1987 Samoa Amerika, Saint Vincent dan Grenadine, Vanuatu
1991 Estonia, Latvia, Lithuania, Namibia, Afrika Selatan
1993 Armenia, Azerbaijan, Belarus, Bosnia dan Herzegovina, Burundi, Tanjung Verde, Comoros, Croatia, Republik Czech, Dominica, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova, Macedonia, Rusia, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, São Tomé dan Príncipe, Slovakia, Slovenia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraina, Uzbekistan
1994 Kemboja, Nauru
1995 Guinea-Bissau, Palestin
1997 Mikronesia
1999 Eritrea, Palau
2003 Kiribati, Timor-Leste
2006 Kepulauan Marshall
2007 Montenegro, Tuvalu

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang tidak diiktiraf sunting

Jawatankuasa Sukan dan Olimpik Macau: Ditubuhkan pada 1987, dan telah berusaha masuk dalam IOC sejak ditubuhkan, tetapi masih belum diiktiraf secara rasmi dan tiada ada atlet yang mengambil bahagian dalam Olimpik di bawah nama "Macau, China". Kepulauan Faroe bersaing dalam Sukan Paralimpik, tetapi belum turut serta dalam Olimpik.

NOC lain yang belum diiktiraf oleh NOC termasuk Catalan[2], Gibraltar British[3], Polinesia Perancis[4], Niue[5], Kosovo[6], Somaliland[7], New Caledonia[8], Kurdistan Iraq[9][10], Cyprus Utara[11], Abkhazia[12], Kepulauan Faroe[13], Anguilla, Montserrat, dan Kepulauan Turk & Caicos[14]

Lihat juga sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ "The Olympic Committee of Serbia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-23. Dicapai pada 2009-08-13.
  2. ^ Freedom for Catalonia?: Catalan Nationalism, Spanish Identity and the Barcelona Olympic Games (Cambridge Cultural Social Sciences) (9780521586153): John Hargreaves: Books. Amazon.com. Retrieved on 2009-10-24.
  3. ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-27. Dicapai pada 2010-01-30.
  4. ^ Article: Miss Tahiti 2003 stripped of her title. | AccessMyLibrary - Promoting library advocacy. AccessMyLibrary (2005-06-03). Retrieved on 2009-10-24.
  5. ^ SportingPulse Homepage for Niue Island Sports Association and National Olympic Committee. Sportingpulse.com. Retrieved on 2009-10-24.
  6. ^ Olympic Committee of Kosovo - Wikipedia, the free encyclopedia. En.wikipedia.org (2009-08-29). Retrieved on 2009-10-24.
  7. ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-18. Dicapai pada 2010-01-30.
  8. ^ [1]
  9. ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2010-01-30.
  10. ^ http://www.sportcountries.org/fileadmin/user_upload/documents/conference_2008/INSCRITS_DEFINITIU.pdf[pautan mati kekal]
  11. ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-30. Dicapai pada 2010-01-30.
  12. ^ The ABC Republic: Abkhazia Attempts to Invent Itself - SPIEGEL ONLINE - News - International. Spiegel.de. Retrieved on 2009-10-24.
  13. ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-10. Dicapai pada 2010-01-30.
  14. ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-02. Dicapai pada 2010-01-30.

Pautan luar sunting