Jawatankuasa Wanita Negeri

Jawatankuasa Wanita Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pembangunan masyarakat termasuk wanita terletak di bawah bidang kuasa bersama antara persekutuan dan negeri[1].

Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi membantu urusan pembangunan wanita di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.

Senarai sunting

Berikut merupakan senarai jawatankuasa dan pengerusinya,

Bil Negeri Portfolio Pengerusi Parti politik Dilantik pada
Persekutuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri GPS (PBB) 2 Disember 2022[2]
1 Sarawak Kementerian Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat Fatimah Abdullah GPS (PBB) 30 Disember 2021[3]
2 Johor Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Khairin Nisa Ismail BN (UMNO) 26 Mac 2022[4]
3 Perak Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Salbiah Mohamed BN (UMNO) 24 November 2022[5]
4 Perlis Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Wan Badariah Wan Saad PN (PAS) 25 November 2022[6]
5 Pahang Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Sabariah Saidan BN (UMNO) 14 Disember 2022[7]
6 Sabah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat James Ratib BN (UMNO) 11 Januari 2023[8]
7 Melaka Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Kalsom Noordin BN (UMNO) 5 April 2023[9]
8 Terengganu Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Maliaman Kassim PN (PAS) 16 Ogos 2023
9 Pulau Pinang Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Lim Siew Khim PH (DAP) 16 Ogos 2023
10 Kedah Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat; dan Perpaduan Halimaton Shaadiah Saad PN (Bersatu) 21 Ogos 2023[10]
11 Kelantan Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Rohani Ibrahim PN (PAS) 23 Ogos 2023[11]
12 Selangor Jawatankuasa Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari PH (Amanah) 23 Ogos 2023[12]
13 Negeri Sembilan Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat Noorzunita Begum Mohd Ibrahim PH (Keadilan) 24 Ogos 2023[13]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.
  2. ^ "Kabinet: Anwar umum Zahid, Fadillah Timbalan PM [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-02. Dicapai pada 2023-08-11.
  3. ^ "Kabinet Abang Jo ada 10 menteri, 26 menteri muda". Malaysiakini. 2021-12-30. Dicapai pada 2023-08-11.
  4. ^ "Senarai portfolio Exco Johor". Harian Metro. 26 Mac 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  5. ^ IDRIS, SAYED HESHAM (2022-11-24). "Saarani umum senarai portfolio Exco Perak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
  6. ^ JAMALUDIN, SITI NURAZLINA (2022-11-25). "Perlis kecilkan saiz Exco". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-11.
  7. ^ "Portfolio EXCO Pahang diumum". Berita Harian. 14 Disember 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  8. ^ ROSLAN, SURAIDAH (2023-01-11). "Bung Moktar digugurkan, tiga menteri baharu dilantik, Shahelmey timbalan ketua menteri baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
  9. ^ "10 EXCO angkat sumpah, Kerajaan Perpaduan di Melaka". Berita Harian. 5 April 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  10. ^ AZIMI, MOHD RAFIE (2023-08-21). "10 ADUN Kedah selesai angkat sumpah Exco". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-21.
  11. ^ "MB Kelantan pegang lima portfolio Exco". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-08-23.
  12. ^ JAAFAR, NORAFIZA (2023-08-23). "Amirudin pegang lima, umum portfolio 10 Exco Selangor". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-23.
  13. ^ "Senarai penuh EXCO Negeri Sembilan, Aminuddin terajui 3 portfolio". Berita Harian. 24 Ogos 2023. Dicapai pada 24 Ogos 2023.