Jean-Antoine Watteau

Jean-Antoine Watteau (AFA: /ʒɑ̃ ɑ̃twan vato/), biasanya dipanggil Antoine Watteau, merupakan seorang pelukis Perancis dan kerjaya singkatnya membangkitkan peningkatan semula minat terhadap warna dan pergerakan, seperti yang dinampakkan dalam gaya Corregio dan Rubens. [1]

Watteau pada tahun akhirnya iaitu tahun 1721, oleh Rosalba Carriera

Antoine dilahirkan pada Oktober 1684 di bandar Valenciennes yang pada masa itu baru sahaja bertukar milik dari Belanda Sepanyol ke Perancis. Pada tahun 1709, Antoine cuba mendapatkan kediaman bertempoh 1 tahun di Rom dengan memenangi Prix de Rom dari Akademi Royale, tetapi hanya dianugerahi tempat ke-2. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupannya di luar kumpulan peminatnya yang kecil, Antoine "ada diperkatakan tetapi jarang dalam kritikan seni." Antara lukisan terkenalnya ialah Rombongan ke Cythera.

Rombongan ke Cythera, 1717, Muzium Louvre.

Rujukan sunting

  1. ^ Wine, Humphrey, and Annie Scottez-De Wambrechies. "Watteau" in Grove Art Online. oxfordartonline.com Oxford University Press. Retrieved 8 February 2014.