Jean-Marie Le Pen (lahir 20 Jun 1928) merupakan ahli politik Perancis. Beliaulah penubuh dan bekas ketua Barisan Nasional (FN) yang bertanding dalam pilihan presiden sejak tahun 1974 hingga 2007 melainkan 1981. Beliau dikritik oleh jutaan rakyat kerana sikap rasis dan cauvinis.

Kehidupan sunting

Jean-Marie Le Pen dilahirkan di La Trinité-sur-Mer, Brittany, sebagai anak nelayan. Beliau berkelulusan daripada Université Panthéon-Assas. Beliau pernah mengambil khidmat negara pada era 1950-an.

Tahun 1972, Le Pen tubuhkan FN, parti berhaluan kanan jauh. 2 tahun kemudian, beliau bertanding dalam pilihan presiden dan mendapat 0.74%. Beliau rela bertanding semula tahun 1981, namun tidak pernah jadi kerana gagal mendapat tandatangan daripada 500 ahli politik. Namun, dalam era 1980-an, beliau meninggikan populariti dirinya dengan kata keras menghasut rakyat. Hasutan berikutnya, salahkan pendatang asing (terutamanya keturunan Algeria) seperti "pendatang curi kerja orang tempatan". Ramainya terpedaya dengan hasutan tersebut, dan tahun 1988 beliau mendapat 14.39% berdarjat keempat. 7 tahun kemudian, beliau mendapat 15% dan berdarjat keempat juga.

Seperti biasa, Le Pen bertanding semula tahun 2002. Beliau mendapat 16.86%, sedikit lebih dari dahulu. Namun, kali ini berdarjat kedua dan terpinggirkan Lionel Jospin, yang disangka sebagai bakal presiden.[1] Hal ini sungguh mengejutkan jutaan rakyat Perancis, dan tidak dapat dilupakan sehingga kini. Walaupun Le Pen berjaya ke pusingan kedua bersama dengan presiden dan calon Perhimpunan untuk Republik (RPR), Jacques Chirac, Le Pen ditolak dan dibenci jutaan rakyat. Ramainya suarakan memboikotkan Le Pen, dan pada pusingan kedua beliau cuma mendapat 17.8% sahaja.

Tahun 2007, beliau bertanding dengan terakhir, dan terpinggir mendapat 10.44% berdarjat keempat. 4 tahun lalu, beliau tinggalkan bidang politik, dan mewariskan jawatan ketua FN kepada anak perempuannya, Marine Le Pen.

Pada April 2024, Jean Marie Le Pen diletakkan "di bawah perlindungan undang-undang" atas permintaan keluarganya.

Ideologi sunting

Ideologi Le Pen dirumuskan sebagai rasisme dan cauvinisme. Kata beliau, kaum Perancislah yang terbaik dan terpandai, sambil kaum Algerialah yang terburuk dan terbodoh. Namun beliau sebenarnya membenci kepada semua pendatang asing.

Tahun 1998, apabila World Cup berada, beliau mengkritik Pasukan bola sepak kebangsaan Perancis aka Les Bleus hanya kerana terlalu banyak pendatang asing di dalam Les Bleus. Kata beliau, pendatang itu "bodoh tidak dapat menyanyikan lagu kebangsaan" dan ia melakukan kecundangan Perancis. Penghinaan beliau juga terhadap ke Zinedine Zidane, berketurunan Algeria. Apabila Le Pen berada dalam pusingan kedua pada tahun 2002, Zidane kritikkan Le Pen bahawa andai Le Pen menang beliau akan berhenti kerjaya dirinya.

Tahun 2007 ketika bertanding terakhir dalam pilihan presiden, Le Pen juga menghina Nicolas Sarkozy, calon presiden Persatuan Gerakan Masyarakat (UMP) hanya kerana Sarkozy berketurunan Hungary. Kata Le Pen itu, "kenapa tak pergi Hungary dan jadi presiden kat sana?"

Sikap sebegini dibenci juga kepada anaknya, Marine, dan tahun 2015 Le Pen dipecat dari FN. Setelah itu, beliau menubuh parti baharu iaitu Comités Jeanne.

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-10. Dicapai pada 2018-05-10.